Zakat


B A H A G I A N   F I Q E H:   Z A K A T

PENGERTIAN ZAKAT

Dari segi bahasa  ialah bersih, suci, subur dan bertambah kebajikan.

Dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu banyaknya dan jenisnya untuk diberikan kepada orang yang berhak dan layak menerimanya.


DALIL FIRMAN ALLAH YANG MEWAJIBKAN ZAKAT

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ  صَدَقَةً  تُطَهِّرُ هُمْ  وَ تُزَكِّيهِمْ  بِهَا

Ertinya  : ” Ambillah wahai Muhammad daripada harta benda mereka itu sebagai zakat
 untuk membersihkan diri mereka dan mensucikan jiwa mereka dengan harta itu.”

وَاَقِيمُوا الصَّلاَةَ  وَآتُوا الزَّ كَاةَ         
                                                           
Ertinya : ” Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat. ”
                                                            (  Surah Al Baqarah ayat 43 )

HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT

1-       Wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang memiliki harta dan mencukupi syarat.

2-       Dari sudut pendapat imam-imam Mazhab dan semua Ulama ialah

a.             Zakat hukumnya adalah wajib kerana ia salah satu daripada rukun Islam yang lima.

b.             Bagi orang yang engkar - murtad dan boleh dihukum bunuh.

c.             Bagi orang-orang mualaf (yang tidak tahu hukum zakat) - dimaafkan  kerana kejahilannya.

d.             Bagi orang-orang mualaf (yang tahu hukum zakat) – berdosa dan pihak yang berkuasa boleh mengambil hartanya dengan paksa dan kemudian didenda.

e.             Bagi satu puak atau kumpulan yang besar – boleh diperangi sehingga mereka mengeluarkan zakat.


ZAKAT MULA DIFARDHUKAN / DISYARIATKAN

Pada tahun ke-2 hijrah bersamaan 623 masehi.

 













Z A K A T   H A R T A



JENIS ATAU HARTA BENDA YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

1-       Binatang Ternakan.
2-       Emas dan Perak ( termasuk matawang ).
3-       Harta perniagaan.
4-       Tanam-tanaman dari jenis biji-bijian dan buah-buahan iaitu
Biji-bijian: bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan bagi  sesebuah negeri dan tahan disimpan lama, seperti padi, jagung, gandum dan sebagainya.
Buah-buahan:bermaksud buah-buahan yang tahan disimpan lama setelah dikeringkan, seperti kurma, anggur, zaiton dan sebagainya.
5-       Harta Rikaz iaitu harta (emas atau perak) yang dijumpai terpendam di dalam tanah yang dimiliki orang-orang zaman jahiliah.


SEBAB-SEBAB HARTA TERTENTU SAHAJA DIKENAKAN ZAKAT

i)         Harta-harta tersebut adalah diperlukan oleh masyarakat seperti padi, wang dan binatang ternakan.

ii)       Harta tersebut cepat membiak dan mempunyai nilai harga yang tinggi seperti kambing, lembu dan Kerbau.

iii)      Harta tersebut mempunyai keuntungan yang banyak sekiranya diusahakan secara besar-besaran seperti perniagaan.


@  NOTA TAMBAHAN

HARTA-BENDA YANG TIDAK WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

·         Harta-benda yang diwakafkan.
·         Harta Kerajaan.
·         Emas dan perak yang telah dijadikan pakaian dan barang perhiasan wanita dengan syarat tidak melebihi kadar yang sepatutnya.  ( Barang perhiasan yang tidak harus dipakai ; sudu garpu, pinggan, tapak sirih dll, yang diperbuat daripada emas dan perak - wajib zakat ).
·         Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada intan, zamrud, berlian, mutiara dan sebagainya.  ( kecuali jika diperniagakan – wajib zakat ).
·         Harta rampasan, curian dan bukan milik yang sempurna.


SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA

Syarat-syarat wajib terbahagi kepada ENAM ( 6 ) perkara, iaitu

1-       Islam   - tidak wajib bagi orang yang bukan Islam.

2-       Merdeka   – Golongan hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

3-       Mukallaf   – Orang yang sudah menanggung kewajiban syara’ atau wali atau penjaga kanak- kanak  atau orang gila wajib mengeluarkan zakat bagi harta benda mereka.

4-       Hak milik yang sempurna – berkuasa penuh ke atas harta itu.  Tidak wajib dikeluarkan zakat dari harta rampasan, curian, gadaian, rompakan dan sebagainya.

5-       Cukup Nisab   - cukup kiraan, sukatan dan timbangan pada tiap- tiap harta benda yang diwajibkan zakat.

6-       Genap Haul   - genap tempoh satu tahun Hijrah.
PERBEZAAN ANTARA ZAKAT, SEDEKAH DAN CUKAI

PERKARA
ZAKAT HARTA
SEDEKAH
CUKAI
PENGERTIAN
Mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu banyaknya dan jenisnya untuk diberikan kepada orang yang berhak dan layak menerimanya.
Bantuan kepada fakir miskin dalam bentuk harta atau perkhidmatan.
Bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan untuk perbelanjaan negara kepada individu yang bekerja dan syarikat.
HUKUM
Wajib
Sunat
Tanggungjawab di sisi undang-undang.

MASA
Sekali dalam setahun ( mengikut tahun Hijrah )
Bila-bila masa
Setahun sekali
 ( mengikut tahun Masihi )
JENIS HARTA
Halal
Yang halal
Sebarang harta atau pendapatan
PENGGUNAAN
Asnaf yang berhak
Terbuka
Semua rakyat
KADAR
Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Syarak
Mengikut kemampuan
Mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan
TARAF
Kekal
Pilihan
Berubah mengikut polisi Kerajaan




HIKMAT ALLAH MEWAJIBKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima.  Antara hikmat dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah:

Dari segi ekonomi
1-       Dapat menghapuskan kemiskinan.
2-       Dapat menambahkan kewangan baitulmal.
3-       Dapat meninggikan ekonomi umat Islam.

Dari segi kemasyarakatan
1-       Menghapuskan perasaan iri hati dan hasad dengki sesama manusia.
2-       Mewujudkan sikap bekerjasama antara satu sama lain.
3-       Mewujudkan perpaduan dalam masyarakat Islam tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan.

Dari segi perkembangan Islam
1-       Dapat membantu pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang untuk menegakkan ugama Allah.
2-       Dapat menambahkan bilangan umat Islam melalui pemberian zakat kepada saudara-saudara baru.

Dari segi individu
1-       Dapat menambahkan keimanan terhadap Allah. 
2-       Membersihkan diri dari sifat bakhil.
3-       Sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.









GOLONGAN / ASNAF YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT


Terdapat LAPAN ( 8 ) golongan atau asnaf yang berhak zakat, iaitu

1-    Fakir - Orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan langsung ATAU ada pekerjaan tetapi pendapatannya TIDAK MELEBIHI SEPARUH daripada keperluannya sehari-sehari.

Contohnya : Ali memerlukan $6 sehari, tetapi dia hanya dapat $2 sehari.


2-    Miskin - Orang Islam yang mempunyai harta dan pekerjaan, tetapi pendapatannya  CUMA MELEBIHI SEPARUH dari keperluannya sehari-hari.

Contohnya : Ali memerlukan $6 sehari, tetapi dia hanya dapat $4 sehari.


3-    Amil - Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh pemerintah untuk mengumpul atau memungut  ( penyelenggaraan ) hal-hal zakat. Syarat-syarat amil ialah :
a.       Islam
b.       Mukallaf
c.       Laki-laki
d.       Adil
e.       Mendengar dan melihat


4.     Mualaf  -   Orang yang baru memeluk ugama Islam.  Dengan tujuan untuk memesrakan dan menjinakkan hati mereka dengan Islam supaya iman mereka bertambah teguh lagi.


5.     Hamba Mukatab - Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dibebaskan apabila dia dapat membayar dengan kadar yang telah ditentukan.

Misalnya : “ Aku kitabah akan dikau dengan $200 dalam tempoh dua bulan iaitu tiap-tiap satu bulan sebanyak $100, manakala engkau menjelaskan bayaran itu kepadaku maka engkau akan merdeka “.


6.     Orang yang berhutang (al-Gharimin) - Orang Islam yang berhutang untuk tujuan kebaikan sama ada untuk maslahat dirinya atau maslahat orang ramai dan  ia tidak mampu untuk membayar balik.


7.     Fi-Sabilillah 
a.       Orang yang berjuang secara sukarela menjadi tentera dalam peperangan bagi menegakkan dan mempertahankan kebenaran dan kesucian agama Allah.
b.       Orang-orang yag menunaikan fardhu haji, tetapi kekurangan belanja.
c.       Penuntut-penuntut yang belajar di luar negeri yang kehabisan belanja.
d.       Tidak mempunyai maksud tertentu asalkan ada kepentingan yang baik.


8.     Musafir (Ibnu Sabil) - Orang Islam yang merantau ke sebuah negeri dengan tujuan yang baik, tetapi kehabisan belanja.










GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT


Ada ENAM ( 6 ) golongan yang tidak berhak zakat, iaitu :

1-    Orang kafir    - orang yang bukan berugama Islam.

Alasannya : Zakat hanya untuk kepentingan umat Islam sahaja kerana zakat hanya dipungut daripada kalangan masyarakat Islam sahaja.


2-    Orang kaya   - orang yang sudah mempunyai harta dan pendapatan yang melebihi daripada saraan hidupnya sehari-hari.

Alasannya : Mereka sudah mempunyai harta dan tidak perlu dibantu lagi.  Konsep zakat adalah untuk menolong golongan yang tidak berada.


3-    Hamba Abdi /  sahaya – Hamba yang tetap dibawah jagaan tuannya dan  tuannya tidak berhajat untuk membebaskannya.  

Alasannya : Sekiranya diberikan zakat, maka sudah tentu zakat tersebut akan menjadi hak milik tuannya kerana dirinya sendiri adalah hak milik tuannya.


4-    Keturunan Bani Hashim dan Abd Mutalib – Mereka adalah keturunan yang mulia.

Alasannya : Mereka ialah golongan yang mulia dan harta zakat ini merupakan harta lebihan yang tidak layak diberikan kepada mereka.


5-    Orang yang dibawah tanggungan pemberi Zakat – Orang yang ditanggung oleh pemberi zakat yang mempunyai pertalian seperti anak, isteri, ibubapa. TETAPI isteri yang kaya boleh memberi zakat kepada suaminya yang miskin.


6-    Tempat-tempat kebajikan – Tempat-tempat seperti untuk mendirikan masjid, jalanraya, rumah sakit dan sebagainya.























SEJARAH ZAKAT HARTA BENDA



Ø  Zakat harta benda memang telah diwajibkan oleh Allah sejak zaman permulaan Islam lagi.  Pada masa itu, KADAR dan JENIS zakat BELUM lagi ditetapkan.

Ø  Begitu juga GOLONGAN / ASNAF yang berhak menerima zakat pun BELUM dijelaskan hanya terbatas kepada 2 GOLONGAN sahaja, iaitu:
o    Golongan FAKIR
o    Golongan MISKIN.

Ø  Kadar dan jenis zakat yang hendak dikeluarkan adalah terpulang kepada umat Islam pada masa itu.

Ø  Pada tahun ke-2 HIJRAH bersamaan 623 MASEHI, bermulalah penetapan  JENIS-JENIS dan KADAR zakat harta benda yang wajib dikeluarkan TETAPI golongan yang berhak menerima zakat MASIH TERBATAS kepada golongan fakir dan miskin.

Ø  Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“ Tidak dikenakan ke atas mu apa-apa ( Zakat ) sehingga sampai dua puluh dinar.  Jika kamu memiliki dan sampai haulnya.  Maka padanya ( Zakat ) setengah dinar ”.
Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi

** ½ dinar itu adalah 1/40 ( 2.5 % ) daripada 20 dinar.  Berdasarkan kiraan sekarang 20 dinar ( MITSQAL ) emas itu bersamaan dengan 85 gram emas.

Ø  Jumhur Ulama Fiqh telah mengatakan wajib zakat pada  matawang ( banknote ).  Banknote tersebut telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Matawang emas dikenali sebagai dinar dan matawang perak sebagai dirham.


@  NOTA TAMBAHAN & PERINGATAN

?  Berdasarkan maklumat yang diterima mengenai harga pasaran emas pada masa ini, maka Majlis Ugama Islam, Brunei telah memaklumkan bahawa kadar nisab zakat Harta ( wang simpanan ) sekarang adalah :  $5,185.00 iaitu berdasarkan 85 gram harga pasaran emas 21 karat (berharga
$61.00 bagi  1 gram.

( 85 gram emas X $61.00 = $5,185.00 ).  Kadar nisab ini adalah bermula pada 1431H / 2010M.

?  Kadar Nisab Zakat Harta ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut pasaran harga emas.  Perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Pihak Jabatan Majlis Ugama Islam. Brunei.

















(1) ZAKAT BINATANG TERNAKAN



BINATANG BAGAIMANAKAH YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT?

Tidak semua binatang-binatang ternakan dikenakan zakat. Binatang yang wajib dizakat adalah dari jenis binatang an’aam, iaitu:
a)Unta
b)Lembu / Kerbau
c)Kambing / Kibasy / Biri-biri.


SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT BAGI BINATANG TERNAKAN ( AN’AAM )

1-       Islam     binatang itu dimiliki oleh orang Islam.

2-       Merdeka     binatang itu bukan kepunyaan hamba.

3-       Hak milik yang sempurna  bukan dari binatang yang dicuri, dirampas dan sebagainya.

4-       Mukallaf – seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5-       Cukup nisab     cukup kiraan atau bilangan binatang yang hendak dikeluarkan zakat.

6-       Genap haul     cukup peredaran masa setahun menternak bintang itu.

7-       Binatang tersebut diberi makan rumput di padang yang tertentu tanpa dikenakan bayaran (percuma).

8-       Binatang itu tidak digunakan untuk bekerja atau dijadikan kenderaan.




@  NOTA TAMBAHAN

i)         Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

ii)       Pemeliharaan ternakan secara berkongsi hendaklah dikeluarkan secara berkongsi juga.





















(A)  ZAKAT UNTA


Awal Nisab Unta
Nisab zakat UNTA bermula apabila mencukupi kiraan atau bilangan 5 EKOR.


Kadar Zakat Unta

Berikut adalah gambar rajah mengenai nisab zakat unta DIBAWAH BILANGAN 129 ekor ( 5 ekor – 129 ekor ).

Bilangan/Jumlah unta
Kadar Zakat
Umurnya
5 – 9 ekor
1 ekor kambing betina
1 tahun lebih
10 – 14 ekor
2 ekor kambing betina
1 tahun lebih
15 – 19 ekor
3 ekor kambing betina
1 tahun lebih
20 – 24 ekor
4 ekor kambing betina
1 tahun lebih
25 – 35 ekor
1 ekor unta betina
1 tahun lebih (binti Mahadh)
36 – 45 ekor
1 ekor unta betina
2 tahun lebih (binti Labun)
46 – 60 ekor
1 ekor unta betina
3 tahun lebih (hiqqah)
61 – 75 ekor
1 ekor unta betina
4 tahun lebih (jaz’ah)
76 – 90 ekor
2 ekor unta betina
2 tahun lebih (binti Labun)
91 – 120 ekor
2 ekor unta betina
3 tahun lebih (hiqqah)
121 – 129 ekor
3 ekor unta betina
2 tahun lebih (binti Labun)



Jika LEBIH DARI JUMLAH 129 ekor, kadar zakatnya adalah mengikut kiraan :

·         setiap tambahan 40 ekor  :  1 ekor unta betina ( binti Labun )
·         setiap tambahan 50 ekor  :  1 ekor unta betina ( hiqqah )



 Contohnya :                                                                       130 ekor unta

                                                                                      50      50     30 ( baki )

                                                                                Kadar Zakat  :  2 ekor hiqqah


                                                                                     ATAU


                                                                                           130 ekor unta

                                                                     40       40     40     10 ( baki )
                                                               
                                                                 Kadar Zakat :  3 ekor binti Labun






(B)  ZAKAT LEMBU / KERBAU


Awal Nisab Zakat Lembu/Kerbau
Nisab zakat LEMBU / KERBAU bermula apabila mencukupi kiraan atau bilangan 30 EKOR.


Kadar Zakat Lembu/Kerbau

Berikut adalah gambar rajah mengenai nisab zakat lembu / kerbau DI BAWAH BILANGAN 120 ekor ( 30 ekor – 120 ekor ).

Bilangan/Jumlah
lembu atau kerbau
Kadar Zakat
Lembu Jantan
1 tahun lebih ( Tabi’ )
Lembu Betina
2 tahun lebih ( Musinnah )
30 – 39 ekor
1 ekor
-
40 – 59 ekor
-
1 ekor
60 – 69 ekor
2 ekor
-
70 – 79 ekor
1 ekor
1 ekor
80 – 89 ekor
-
2 ekor
90 – 99 ekor
3 ekor
-
100 – 109 ekor
2 ekor
1 ekor
110 – 119 ekor
1 ekor
2 ekor
120 ekor
4 ekor
3 ekor



Jika LEBIH DARI JUMLAH 120 ekor, kadar zakatnya adalah mengikut kiraan :

·         setiap tambahan 30 ekor  :  1ekor lembu / kerbau Jantan berumur 1 tahun lebih (Tabi’)
·         setiap tambahan 40 ekor  :  1ekor lembu / kerbau Betina berumur 1 tahun lebih (Musinnah)



 Contohnya :
                                                                                                  125 ekor lembu
                             
                                                                                  30       30       30      30      5( baki )

                                                                 Kadar Zakat : 4 ekor lembu Jantan, 1 tahun lebih.


                                                                                       ATAU
                           

                                                                                                125 ekor kerbau

                                                                                  40         40        40       5( baki )

                                                                Kadar Zakat : 3 ekor kerbau Betina, 2 tahun lebih.





(C)  ZAKAT KAMBING/KIBASY/BIRI-BIRI


Awal Nisab Zakat Kambing / kibasy / biri-biri
Nisab zakat KAMBING bermula apabila mencukupi kiraan atau bilangan 40 EKOR.


Kadar Zakat Kambing :

Berikut adalah gambar rajah mengenai nisab zakat kambing DI BAWAH BILANGAN 400 ekor
( 40 ekor – 400 ekor ).

Bilangan/Jumlah
Kambing
Kadar Zakat
Umurnya
40 – 120 ekor
1 ekor kambing betina
1 tahun lebih
121 – 200 ekor
2 ekor kambing betina
1 tahun lebih
201 – 399 ekor
3 ekor kambing betina
1 tahun lebih
400 ekor
4 ekor kambing betina
1 tahun lebih



Jika LEBIH DARI JUMLAH 400 ekor, kadar zakatnya adalah mengikut kiraan :

·         setiap tambahan 100 ekor  :  1 ekor kambing betina berumur 1 tahun lebih.

Contohnya :

                                            (1)                         483 ekor kambing

            
                                                                  100    100   100   100   83( baki )

                                                Kadar Zakat : 4 ekor kambing betina, 1 tahun lebih.



                                            (2)                         522 ekor kambing

                                                                100    100   100   100   100   22( baki ) 

                                                Kadar Zakat : 5 ekor kambing betina, 1 tahun lebih.
















(2) ZAKAT EMAS & PERAK



EMAS DAN PERAK YANG BAGAIMANAKAH YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT?

Emas dan Perak dalam sebarang bentuk wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syaratnya. Adapun jenis-jenis zakat emas dan perak yang wajib dikeluarkan ialah :

1-       Jenis biji
2-       Jenis ketul / logam
3-       Jenis barang perhiasan ( seperti sudu, garpu, mangkok, dulang, tipak sireh dan lain-lain )
4-       Jenis barang kemas ( seperti cincin, gelang dan lain-lain ) yang disimpan lama dan melebihi kadar pemakaian.


DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK

Firman Allah Ta’ala :
] والذين يكنزون الذهب والفضة ولا ينفقونـها في سبيل الله فبشرهم بعذاب أليم [ - التوبة : 34 -

Ertinya : “ Dan orang-orang yang menyimpan dan membekukan emas dan perak
 serta mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah
 maka hiburkanlah hati mereka ( wahai Muhammad ) dengan seksaan azab yang amat pedih “.


SEBAB EMAS DAN PERAK WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

1.       Merupakan sumber kekayaan manusia.
2.       Menjadi tumpuan dan rebutan manusia.
3.       Mempunyai nilai harga yang begitu tinggi.



SYARAT-SYARAT WAJIB BAGI EMAS DAN PERAK :-

1-       Islam   – Emas dan perak itu bukan milik orang kafir.

2-       Merdeka   – Emas dan perak itu bukan kepunyaan hamba.

3-       Hak milik sempurna   – Harta tersebut miliknya sendiri bukan yang dicuri, dirampas, disewa dan lain-lain.

4-       Mukallaf   - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5-       Cukup nisab   – Cukup sukatan atau timbangan yang telah ditetapkan oleh syarak.

6-       Genap haul   – Genap masa setahun memiliki harta tersebut.

7-       Emas dan perak itu tidak dijadikan perhiasan wanita.


@  Emas atau Perak yang dijadikan barang-barang kemas tidak diwajibkan zakat kecuali barangan atau perhiasan tersebut melebihi ‘uruf ( kebiasaan setempat ), maka perhiasan itu wajib dizakatkan.






AWAL NISAB ( PERMULAAN ) ZAKAT EMAS DAN PERAK

1-       Emas                   :  20 misqal atau 85 gram ( Nilai Wang $3,366.00 )
2-       Perak                   :  200 dirham atau 595 gram


KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN
                                                                                2 ½ %  atau  1/40

Contohnya :

                                            (1)               100 gm Emas                             
                                                                100   x   2.5/100                   ATAU                      100   x   1/40
kadar zakatnya     = 2.5gm                                                = 2.5gm
Bersamaan :         $99.00


                                            (2)               600gm Perak
                                                                600   x   2.5/100                   ATAU                      600   x   1/40
                                        kadar zakatnya     = 15 gm                                                = 15 gm




CARA MENGIRA ZAKAT HARTA ( WANG SIMPANAN )

Sekiranya harta simpanan yang dimiliki telah cukup nisabnya ( 85 gram ), mengikut harga pasaran semasa dan genap haulnya ( selama 1 tahun hijrah ) maka wajiblah dikeluarkan zakatnya pada kadar 2.5% atau 1/40 dari hartanya.

Contoh : 
                  ( i )     $4,000.00 X 2.5          =  Zakatnya :  $100.00
                                     100

                 ( ii )   $ 5,000.00 X 1/40          =  Zakatnya : $125.00
                     



@  NOTA TAMBAHAN
Barang-barang kemas wanita yang diperbuat dari intan, berlian, mutiara, zamrud dan sebagainya tidak wajib zakat ke atasnya.  Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW :  
" لا زكاة في الحلى "

Maksudnya : “ Tidak dikenakan zakat pada barang-barang perhiasan “.














(3) ZAKAT HARTA PERNIAGAAN


PENGERTIAN HARTA PERNIAGAAN

Harta benda atau barang-barang yang dijadikan sebagai jual beli ( halal ) samaada dari jenis barang makanan, pakaian, perhiasan, kenderaan dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat keuntungan.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA PERNIAGAAN YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT?

Barang-barang pada asalnya adalah tidak wajib dikeluarkan zakat. Walaubagaimanapun apabila ia telah diperniagakan maka wajiblah dikeluarkan zakat kerana setiap harta perniagaan termasuk di dalam jenis harta benda yang wajib dikeluarkan zakat.    Jenis-jenis barang yang wajib dizakat ialah :
i)                     Segala jenis barang yang dicadangkan untuk dijual.
ii)                   Dari jenis yang halal dan boleh diperniagakan seperti kedai runcit, import export, rumah sewa, kedai makan, pakaian, kenderaan, alat perkakas rumah dan sebagainya.


DALIL WAJIB ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

1) Firman Allah Ta’ala :  
] يأيها الذين ءامنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم ومـما أخرجنا لكم من الأرض ..... [  - البقرة : 267 -

Maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah ( di jalan Allah ) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu ....”

2) Hadis Nabi Muhammad sallahhu’alaihiwassalam :
أما بعد، فكان رسول الله  : يأمرنا أن نـخرج الصدقة من الذى نعده للبيع.  – رواه أبو داود والبيهقى –

Ertinya : “ Adapun kemudian daripada itu maka Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam pernah menyuruh kita supaya mengeluarkan zakat dari barang-barang yang kita sediakan untuk diperniagakan “.


SEBAB–SEBAB ALLAH MEWAJIBKAN  ZAKAT PERNIAGAAN

1)       Dapat memberikan keuntungan yang banyak bagi yang mengusahakannya.
2)       Merupakan salah satu sumber kekayaan manusia.
3)       Merupakan bidang yang amat digalakkan oleh Nabi Muhammad sallahhu’alaihiwassalam.


SYARAT-SYARAT WAJIB BAGI ZAKAT HARTA PERNIAGAAN :-

1-       Islam    perniagaan itu kepunyaan orang Islam bukan orang kafir.

2-       Merdeka   – perniagaan itu bukan kepunyaan hamba.

3-       Hak milik sempurna – perniagaan itu milik mutlak orang yang berniaga bukan milik orang lain.

4-       Mukallaf   - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5-       Cukup nisab   – cukup kiraan harta perniagaan yang hendak dikeluarkan zakat.

6-       Genap  haul    -  genap masa setahun menjalankan perniagaan itu.

7-       Hendaklah perniagaan itu diniatkan untuk diniagakan bukan untuk disimpan.

8-       Hendaklah harta perniagaan itu dimilikinya dengan cara tukar menukar.

AWAL NISAB HARTA PERNIAGAAN

Sama seperti awal nisab emas : 20 misqal atau 85 gram dinilai mengikut harga pasaran emas semasa.

Untuk mengetahui atau mengira awal nisab perniagaan ;
     Contohnya:
                                                                             1gm emas  :   $61.00
                                                                Awal nisab emas   :   85gm x $61.00
Jadi,  Awal Nisab Perniagaan ( pada tahun berkenaan )  =   $5,185.00


KADAR ZAKAT PERNIAGAAN
v  2 ½ %  atau  1/40


CARA PENGIRAAN ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

1-       Apabila genap setahun menjalankan perniagaan, maka peniaga wajib mengeluarkan zakat.

2-       Dikira atau Nilai / taksir semua barang-barang yang masih diperniagakan mengikut harga barang itu dibeli dahulu.

2-        Kemudian Jumlahkan semua wang tunai yang ada dalam simpanan, seperti dalam syarikat,  bank dan lain-lain.

3-       Kemudian campurkan dengan hutang pelanggan ( yang yakin akan  membayar hutang tersebut pada masa yang telah ditetapkan).

4-       Jumlahkan kesemuanya terlebih dahulu kemudian ditolak dengan hutang perniagaan yang ada pada pihak yang lain / pembekal, seperti sewa pejabat, bayaran air, elektrik, gaji pekerja dan lain-lain.

5-       Jumlah yang diperolehi adalah Jumlah Bersih dan jika jumlah tersebut mencapai awal nisab perniagaan pada tahun itu, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2 ½% atau 1/40.


Contohnya:            1gm emas            :   $61.00                    Awal nisab emas  :   85gm x $61.00
                                           Awal Nisab Perniagaan ( pada tahun berkenaan ) = $5,185.00

         Nilaian barang         $40,000
      + Wang Simpanan      $20,000
      + Hutang Pelanggan  $10,000
                                             -----------
                                             $70,000
      - Hutang Perniagaan  $10,000
                                             -----------
            Jumlah Bersih         $60,000
                                            =======

                                $60,000 x 2.5/100                               ATAU                                      $60,000 x 1/40
                                Kadar zakat  =  $1,500                                                            Kadar zakat  =  $1,500











(4) ZAKAT TANAM-TANAMAN & BUAH-BUAHAN



TANAM-TANAMAN DARI JENIS BIJI-BIJIAN & BUAH-BUAHAN BAGAIMANAKAH YANG WAJIB DIZAKAT?

1.     Biji-bijian adalah bermaksud biji-bijian yang menjadi makanan asasi ( mengenyangkan ) bagi sesebuah  negeri seperti padi, gandum, jagung, barli, kacang dan lain-lain.
2.     Buah-buahan  adalah bermaksud buah-buahan yang tahan lama disimpan setelah dikeringkan seperti :  kurma, anggur, zaiton dan lain-lain.


DALIL FIRMAN ALLAH YANG MEWAJIBKAN ZAKAT TANAM-TANAMAN.

يا ايها الذين امنوا  انفقوا  من  طيبات ما كسبتم  ومـما  اخرجنا لكم  من الارض

Ertinya : ” Wahai orang-orang yang beriman! keluarkanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu
yang baik-baik dan daripada  apa yang Kami keluarkan untuk kamu daripada bumi. ”


ENAM ( 6 ) SYARAT-SYARAT WAJIB BAGI ZAKAT TANAM-TANAMAN :

1-       Islam – tanam-tanaman itu dimiliki oleh orang Islam bukan orang kafir.

2-       Merdeka – tanam-tanaman itu bukan kepunyaan hamba.

3-       Hak milik sempurna – tanam-tanaman itu diusahakan sendiri bukan milik orang lain.

4-       Mukallaf   - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.

5-       Cukup nisab – cukup kadar sukatan atau timbangan yang telah ditetapkan oleh syarak.

6-       Makanan asasi sesebuah negara dan tahan lama disimpan - tidak wajib pada makanan yang cepat busuk /buruk.

7-       Tanaman itu diusahakan oleh manusia ( bukan tumbuh sendiri ).



@  NOTA TAMBAHAN & CATATAN PENTING

?  Zakat tanam-tanaman TIDAK ADA syarat GENAP HAUL.
?  Tanam-tanaman wajib dikeluarkan zakat apabila tiba MUSIM MENUAI atau MASAK BUAHNYA.

















AWAL NISAB TANAM-TANAMAN.

1)       Jika bersih    :   5 ausaq = 300 gantang ( Baghdad ) = 200 gantang ( Brunei ).

2)       Jika berkulit   :   10 ausaq = 600 gantang ( Baghdad ) = 400 gantang ( Brunei ).



KADAR ZAKAT TANAM-TANAMAN YANG WAJIB DIKELUARKAN

1-       Jika tanam-tanaman itu mendapat air senang (air hujan) atau TIDAK menggunakan belanja, maka kadar zakatnya ialah 1/10 atau 10%

                Contohnya :
                Ali mendapat hasil tanaman padinya sebanyak 800 gantang menggunakan air hujan.

800 gantang x 1/10       ATAU       800 gantang x 10/100

kadar zakat       = 80 gantang.                                   = 80 gantang



2-       Jika tanam-tanaman itu mendapat air susah atau menggunakan belanja, (seperti ; menggunakan tenaga manusia, binatang atau jentera yang dikenakan bayaran), maka kadar zakatnya ialah 1/20 atau 5%

                Contohnya :
                Tanaman padi yang dihasilkan sebanyak 600 gantang dengan menggunakan jentera pembajak, penyubur ( baja ) dan air yang berbayar.

600 gantang x 1/20       ATAU     600 gantang x 5/100

kadar zakat       = 30 gantang                                  = 30 gantang



3-       Jika tanam-tanaman itu diusahakan dengan kedua-dua cara yang tersebut tadi (air senang / tiada belanja dan air susah / menggunakan belanja), maka kadar zakatnya ialah 3/40 atau 7.5%

                Contohnya :
                500 gantang padi yang dihasilkan dengan air hujan dan air yang dikenakan bayaran.

500 gantang x 3/40

kadar zakat     = 37.5 gantang
















(5) ZAKAT HARTA RIKAAZ ( TERPENDAM )



PENGERTIAN HARTA RIKAAZ

Emas dan perak yang dijumpai tertanam di dalam tanah yang dipercayai kepunyaan orang-orang zaman jahiliah, iaitu zaman sebelum datangnya Islam.  Seperti harta yang dijumpai di dalam kubur, tembok-tembok dan sebagainya.


DALIL HADIS NABI YANG MEWAJIBKAN ZAKAT HARTA RIKAAZ
   

" وفـي الركاز الـخمس "


Ertinya :  “ Dan pada harta rikaaz diwajibkan sebanyak 1/5  


SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT HARTA RIKAAZ

1-       Islam – Harta itu dimiliki oleh orang Islam bukan orang kafir.
2-       Merdeka – Harta itu bukan milik hamba.
3-       Hak milik sempurna – Harta rikaaz adalah milik orang yang menjumpai.
4-       Mukallaf   - seorang yang mengetahui dan sampai seruan Islam kepadanya.



@  NOTA TAMBAHAN & CATATAN PENTING

?  Zakat harta Rikaaz TIDAK ADA syarat GENAP HAUL dan PERMULAAN NISAB bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperoleh pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah semua yang diperoleh.



KADAR ZAKAT HARTA RIKAAZ

Kadar zakat harta rikaaz adalah sebanyak 1/5 atau 20%

Contohnya :

(1)                        352 gm emas
                            352 gm x 1/5           ATAU           352 gm x 20/100
 kadar zakatnya     = 70.4 gm                                        = 70.4 gm



(2)                        410 gm perak
                            410 gm x 1/5           ATAU            410 gm x 20/100
kadar zakatnya      = 82 gm                                            = 82 gm










PERBEZAAN HARTA RIKAAZ DENGAN HARTA LUQATAH


HARTA  RIKAAZ
HARTA  LUQATAH
MAKSUD
Emas dan perak yang dijumpai tertanam di dalam tanah yang dipercayai kepunyaan orang-orang zaman jahiliah, iaitu zaman sebelum datangnya Islam.  Seperti harta yang dijumpai di dalam kubur, tembok-tembok dan sebagainya.
Emas dan perak yang dijumpai terpendam di dalam tanah yang terdapat kesan-kesan atau tanda-tanda kepunyaan orang Islam seperti tertulis di atasnya ayat al-Quran atau ada nama raja-raja Islam.
HUKUM
Wajib dikeluarkan zakatnya pada masa dijumpai setelah dibersihkan.
Tidak perlu menunggu genap haul atau cukup nisabnya, sama ada banyak atau sedikit.
Kadar zakat sebanyak 1/5 atau 20% .
Tidak wajib dikeluarkan zakat, kerana ia bukan harta rikaz, tetapi harta yang tercicir.
BAGAIMANA?
Orang yang menjumpai atau orang yang memiliki tanah tempat  harta ditemui adalah boleh dimiliki harta tersebut (baki yang ada) setelah dikeluarkan zakat.
Asalnya tidak boleh dimiliki,
TETAPI  jika harta itu tidak dituntut dalam tempoh setahun dan setelah diumumkan melalui media massa atau mengembara mencari tuan punya harta, maka baru boleh dimiliki.
Jika ada yang mendakwa bahawa harta tersebut adalah miliknya setelah setahun, maka hendaklah dikembalikan atau diganti.































M A S A L A H  -  M A S A L A H    Z A K A T



A)    CARA MEMBAHAGIKAN ZAKAT KEPADA 8 GOLONGAN / ASNAF

1-       Jika di dalam sesebuah negeri itu terdapat 8 golongan atau asnaf yang berhak menerima zakat, maka hendaklah dibahagikan zakat itu kepada 8 golongan tersebut.

2-       Jika tidak terdapat semua golongan dalam sesebuah negeri itu, maka wajib diberikan kepada golongan yang ada sahaja.

3-       Dituntut memberi hasil zakat itu sekurang-kurangnya 3 orang bagi tiap-tiap golongan.


B)    SALAH MEMBAHAGIKAN HASIL ZAKAT

1-       Jika zakat dibahagikan kepada orang yang tidak berhak menerima zakat, maka hukum zakat tersebut tidak sah dan dikira sebagai sedekah sahaja.

2-       Wajib baginya mengeluarkan zakat sekali lagi.


C) MEMINDAHKAN HASIL ZAKAT

1-       Hasil pungutan zakat tidak harus dipindahkan dari sebuah negeri kenegeri yang lain.

2-       Wajib zakat itu dibahagikan kepada golongan yang berhak menerima zakat yang ada di dalam negeri ada hartanya berada.

3-       Jika seseorang berada di sesebuah negeri dan hartanya ada di negeri yang lain, maka hendaklah dia mengeluarkan zakat di mana hartanya berada.

4-       Jika sebahagian harta ada di sesebuah negeri dan sebahagian lagi ada di negeri yang lain, maka hendaklah dia mengeluarkan zakat di negeri dia berada.


D)    ORANG MATI YANG ADA MENANGGUNG ZAKAT

1-       Wajib bagi kaum keluarga atau ahli warisnya membayar zakat yang masih terhutang dengan menggunakan harta pusaka peninggalannya.

2-       Sebelum membahagikan harta pusaka kepada waris yang layak menerimanya   hendaklah mengutamakan HUTANG ZAKAT terlebih dahulu, hutang-hutang lain yang belum dijelaskan dan wasiat jika ada.


E)     ZAKAT PADA BENDA YANG TERHUTANG

1.       Hutang dari orang yang dipercayai untuk membayar adalah wajib dikeluarkan zakat terlebih dahulu, walaupun belum membayarnya kerana diyakini akan  membayar hutang itu nanti.

2-       Hutang dari orang yang tidak diyakini untuk membayar hutang tersebut pada masa yang telah ditetapkan adalah tidak wajib mengeluarkan zakat terlebih dahulu, bahkan wajib mengeluarkannya setelah hutang itu dibayar kepadanya.






F)     ZAKAT TANAM-TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN

1-       WAJIB mengeluarkan zakat ini setelah masak buahnya dan manis rasanya dan setelah dikumpulkan, dibersihkan, ditampi dan dibuang sampahnya.

2-       Sekiranya pokok dan buahnya dijual setelah masuk musimnya dan masak buahnya, maka WAJIB orang yang menjual mengeluarkan zakatnya kerana syarat-syarat mengeluarkan zakat telah ada semasa di tangan penjual.


G)   MENCAMPURKAN HASIL ZAKAT

1-       Biji-bijian dan buah-buahan yang sama jenis seperti gandum dengan gandum, padi dengan padi dan lain-lain adalah boleh dicampur walaupun berlainan mutu, warna dan isinya.

2-       Harta perniagaan boleh dicampur dengan harganya tetapi tidak boleh dicampur barang-barang perniagaan yang berlainan jenis jika untuk mencukupkan nisabnya.


H)    HARTA  ZAKAT ROSAK SEBELUM DIKELUARKAN ZAKATNYA

1-       Harta benda zakat wajib dikeluarkan zakatnya apabila telah cukup syarat-syaratnya.

2-       Jika rosak, terbakar atau berlaku banjir ke atas harta zakat dengan tidak sengaja, maka TIDAK WAJIB mengeluarkan zakat tersebut.

3-       Tetapi jika disengajakan atau dilambat-lambatkan sehingga rosak harta zakat itu, maka WAJIB DIGANTI untuk mengeluarkan zakatnya.


I)      HARTA BENDA  ZAKAT YANG TELAH DIASINGKAN HILANG

1-       Jika harta zakat yang telah diasingkan hilang kesemuanya atau sebahagian daripadanya, maka hendaklah diganti kerana harta itu masih di tangannya sebelum sempat dikeluarkan zakatnya.


J)     MENGELAK DIRI DARI MENGELUARKAN ZAKAT

1-       Barangsiapa yang memiliki harta zakat yang telah cukup nisabnya kemudian dijual atau diberikan kepada orang lain atau dibinasakannya sebelum cukup haulnya, maka tidak wajib mengeluarkan zakat harta tersebut kerana tidak mencukupi syarat.

2-       Walau bagaimanapun perbuatan tadi adalah berdosa kerana menggelakkan diri dari mengeluarkan zakat.