Hadith

& HADITH I : TUJUH DOSA BESAR

بسم الله الرحمن الرحيم
قال عليه الصلاة والسلام:
" اجتنبوا السبع الموبقات، قالوا: وما هي يا رسول الله؟ قال: الشرك بالله والسحر وقتل النفس التى    حرم الله إلا بالحق وأكل الربا وأكل مال اليتيم والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات"                                                                                                                                        (رواه البخاري)

J TERJEMAHAN HADITH :

    Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
   “Hendaklah kamu jauhi 7 perkara yang membinasakan.” Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia  
    perkara-perkara itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Iaitu menyekutukan Allah,
   mempercayai sihir, membunuh nyawa yang dilarang oleh Allah kecuali dengan hak, memakan
   harta riba, memakan harta anak yatim, lari pada hari menentang musuh dan menuduh
  melakukan  zina kepadaorang-orang perempuan yang baik perangai serta jahil tentang perbuatan
 itu.”  
                                                                                                                         - Riwayat Bukhari

J KETERANGAN MAKSUD HADITH  :

ð Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang keras umatnya melakukan
    tujuh perkara yang merupakan dosa besar iaitu :
  1. Menyekutukan Allah
  2. Mempercayai sihir
  3. Membunuh nyawa yang dilarang oleh Allah kecuali dengan hak
  4. Makan riba
  5. Makan harta anak yatim
  6. Lari pada hari menentang musuh
  7. Menuduh perempuan yang baik melakukan zina.
ð MAKSUD POTONGAN AYAT :

    1. الشرك بالله  ertinya : menyekutukan Allah.
      
      «Maksudnya : Mempercayai adanya kuasa lain selain Allah sama ada dengan hati, perbuatan  
         atau perkataan seperti meminta sesuatu pada yang dianggap keramat. Perbuatan ini
         termasuk dalam golongan dosa besar yang tidak boleh diampuni.

      «Hukum menyekutukan Allah adalah murtad .

       «Islam melarang penganutnya dari berlaku syirik dan menyekutukan Allah kerana :
           a)  Perbuatan itu merosakkan keimanan terhadap Allah
  b)  Perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
          c)  Menyebabkan masyarakat di dalam kebimbangan dan ketakutan kerana pantang larang   
          kepercayaan syirik

      «Akibat daripada perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain :
   a)  Boleh merosakkan i’tiqad dan iman kita terhadap Allah dan dengan i’tiqad yang salah
         menyebabkan seseorang itu menjadi murtad
b) Syirik juga berlawanan dengan i’tiqad yang waras dan merendahkan martabat manusia
         kerana menghambakan diri kepada sesuatu yang lemah serta ia boleh menyebabkan
         kemunduran Islam.

 السحر .2  ertinya : mempercayai sihir.

      «Maksudnya : Mempercayai satu perkara luar biasa yang dilakukan oleh orang-orang fasik dan
        rosak imannya . Ilmu sihir ini boleh dituntut dan dipelajari. Untuk beramal dengan ilmu sihir
        terpaksa kena tunduk dan menghambakan diri kepada sesuatu tenaga ghaib seperti syaitan,
        jin dan lain-lain.

     «Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang umatnya daripada mempercayai dan beramal
        sihir kerana boleh merosakkan iman dan mendorong seseorang melakukan kejahatan dan
        keburukan yang boleh mengganggu keselamatan orang lain dan merosakkan kehidupannya.

قتل النفس التى حرم الله إلا بالحق .3  ertinya : membunuh nyawa yang dilarang oleh Allah kecuali
                                                      dengan hak.

     «Maksudnya : Membunuh orang lain dengan cara senghaja tanpa sebarang sebab yang
       diharuskan oleh Allah adalah merupakan dosa yang besar kecuali atas sebab-sebab yang
       diharuskan dalam Islam sepeti hukuman yang dijatuhkan oleh hakim kerana kesalahannya
       membunuh orang.

أكل الربا .4 ertinya : memakan harta riba

   «Maksudnya : Memakan harta riba iaitu tambahan harta yang diberi pinjam atau hutang
     disebabkan tertangguh masa atau pertukaran barang yang sama jenisnya. Perbuatan ini sangat
     dilarang oleh Allah.

   «Allah Subhanahu Wa Ta’ala sangat melarang manusia memakan harta riba kerana :
a)    Perbuatan ini merupakan penindasan kaum pemodal kepada orang-orang yang sempit dan
      susah kehidupannya.
b)    Riba menyebabkan mereka melakukan tipu helah dan mendapatkan keuntungan yang
      berlipat ganda.
c)    Mengakibatkan orang-orang senang dan mewah bertambah senang sementara orang miskin
      dan susah bertambah susah dan menderita.

أكل مال اليتيم .5 ertinya : memakan harta anak yatim.

    «Maksudnya : Harta anak yatim ialah harta yang diamanahkan untuk dijaga kerana bapanya
       meninggal dunia. Harta ini tidak boleh disalahgunakan kecuali untuk perbelanjaan menyara
       anak yatim itu seperti membeli pakaian dan makanannya. Allah mengutuk orang yang
       memakan  harta anak yatim.

التولى يوم الزحف .6 ertinya : lari pada hari menentang musuh.

   «Maksudnya : Berpaling tadah semasa berhadapan dengan musuh-musuh Islam di medan
     peperangan kerana menegakkan agama Islam.
قذف المحصنات الغافلات .7 ertinya : menuduh melakukan zina kepada orang-orang perempuan yang
                                            baik perangai serta jahil tentang perbuatan itu. 

   «Maksudnya : Menuduh berzina perempuan-perempuan yang beriman yang tidak berniat untuk
    melakukannya adalah berdosa besar kerana tuduhan sedemikian boleh menjatuhkan maruah
   seseorang dan dipandang serong oleh masyarakat. Zina adalah perbuatan kejam yang
   merosakkan keturunan, mencemarkan nama baik dan menjatuhkan maruah.

ð Antara faktor yang mendorong manusia melakukan dosa-dosa besar ialah:
a)        Kurangnya ilmu Islam dalam diri mereka
b)          Tidak ada keimanan dan ketakwaan yang kukuh dalam diri mereka
c)          Terdedah pada unsur-unsur yang boleh membawa ke arah kejahatan
                       
J PENGAJARAN HADITH.

1.    Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang keras umatnya dari
     melakukan tujuh perkara yang boleh membinasakan iman dan kehidupan seseorang itu.

2.    Tujuh perkara itu ialah menyekutukan Allah, mempercayai sihir, membunuh nyawa yang
      tidak berdosa, memakan harta riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan
         peperangan dan menuduh melakukan zina kepada orang-orang perempuan yang baik
         perangainya

3.    Ketujuh-tujuh perbuatan itu dikira berdosa besar dan menyekutukan Allah dengan sesuatu
Yang lain tidak akan diampunkan oleh Allah Ta’ala.

    4.  Kita hendaklah menjauhkan diri daripada keburukan-keburukan ini agar hidup kita selamat
         sejahtera dan aman makmur di dunia dan juga di akhirat kelak.








& HADITH 2 : PERSAUDARAAN DALAM ISLAM



بسم الله الرحمن الرحيم
قال عليه الصلاة والسلام:
" مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كمثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر
  والحمى"                                                                                           (رواه البخاري)


J TERJEMAHAN HADITH :


    Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
   “Perbandingan orang-orang yang beriman tentang perasaan kasih sayang, berbelas kasihan dan
    bersimpati mereka adalah seperti satu tubuh badan, sekiranya salah satu anggota daripadanya 
    mengadu sakit, maka bersahut-sahutanlah lain-lain anggota kepadanya dengan tidak dapat tidur
   dan demam selesma.”                                                                                   - Riwayat Bukhari


J HURAIAN HADITH .


ð Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyifatkan keadaan orang yang beriman sebagai tubuh
    badan manusia yang mempunyai berbagai anggota. Apabila salah satu daripadanya sakit,
    maka kesakitan itu dapat dirasai oleh anggota-anggota badan yang lain.

ð Masyarakat Islam seharusnya menjalinkan tali persaudaraan dalam satu ikatan. Setiap orang
    Islam saling memerlukan di antara satu dengan yang lain dan setiap masalah hendaklah
    diselesaikan secara bersama.
   
     Firman Allah Ta’ala : إنما المؤمنون إخوة   
     Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara


ð Aspek-aspek yang seharusnya menjadi asas perpaduan umat Islam yang digariskan dalam
     hadith ini ialah :

1.    Saling cinta menyintai sesama Islam
2.    Berkasih sayang
3.    Saling berhubung mesra

ð Hubungan di kalangan orang-orang Mukmin atau cara hidup bermasyarakat yang
    dikehendaki Islam menurut hadith ini ialah :

1.    Hidup aman damai dan saling berhubung mesra.
2.    Hidup dalam suasana kesatuan dan saling bekerjasama serta bermuafakat
3.    Hidup dalam persefahaman dan saling mengerti serta menyelesaikan masalah yang
       dihadapi.
4.    Hidup dalam keadaan sentiasa mematuhi perintah Allah iaitu beriman dan bertaqwa.

ð Di negara kita, konsep persaudaraan ini diamalkan terutamanya bagi masyarakat luar bandar. 
    Mereka mengekalkan amalan kejiranan dan muafakat. Ada juga sesetengah masyarakat tidak
    mengamalkannya. Mereka berpegang kepada konsep keakuan terutamanya masyarakat-
    masyarakat di bandar-bandar besar.

ð Terdapat kesan negatif yang mungkin timbul jika hadith ini dipandang ringan oleh masyarakat :

a.    Kesan kepada individu :
1.    Disisihkan oleh masyarakat dan kehidupannya tidak dipedulikan.
2.    Menjadikan dia sombong dan bongkak sekiranya mendapat kesenangan.

b.    Kesan kepada masyarakat :
1.    Mewujudkan kasta dalam masyarakat (kedudukan dan taraf mereka diukur dari segi Kekayaan).
2.    Masyarakat akan menjadi mundur kerana tidak wujud kesatuan yang boleh bekerjasama bagi
       meningkatkan kemajuan
3.    Masyarakat berada dalam porak peranda kerana di kalangan anggota masyarakat saling
       curiga mencurigai dan akhirnya berlaku perpecahan


J PENGAJARAN HADITH


1.    Hadith ini membayangkan gambaran hidup orang-orang Islam yang bersatu padu dan
      bermuafakat

2.    Umat Islam adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan dan sebagainya.

3.    Islam tidak suka kehidupan yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masalah yang
           dihadapi oleh orang lain.

4.    Orang-orang Islam pada masa ini wajib bersatu dan bermuafakat untuk menguatkan
       kedudukan mereka dalam lapangan ekonomi, pelajaran, kemasyarakatan dan kebahagiaan.

5.    Pelajar-pelajar sekolah hendaklah mengamalkan dasar hidup “bersatu bertambah mutu,
      bermuafakat bertambah berkat, bersatu teguh, bercerai roboh”.


































& HADITH 3 : PEMERINTAH YANG MENIPU RAKYAT



بسم الله الرحمن الرحيم
قال عليه الصلاة والسلام:
" ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلا حرم الله عليه الجنة "                  -     
                                                                                             (رواه البخاري)                                                           
J TERJEMAHAN HADITH :  


    Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
    “Tidak ada seorang pemerintah yang memerintah rakyatnya yang terdiri daripada orang-orang Islam
     lalu dia mati dalam keadaan menipu mereka, maka Allah Ta’ala mengharamkan ke atasnya
syurga.”                                                                                                      - Riwayat Bukhari


J HURAIAN HADITH.


ð Hadith ini mengandungi pengajaran yang luas dan sangat berguna kepada umat Islam terutama
    kepada pemimpin dan ketua negara serta ketua-ketua pejabat atau sesuatu pertubuhan.

ð Pemerintah yang dimaksudkan dalam hadith :
    Orang yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas bagi kepentingan rakyat
    seperti raja, menteri, pembesar negara, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung, imam,
    ketua dalam rumah tangga, ibu bapa dan lain-lain  .

ð Tanggungjawab pemerintah :

1.    Menjaga kepentingan rakyat dan orang-orang di bawah kawalannya dengan adil dan saksama.
2.    Mencurahkan segala tenaga dan fikirannya untuk mencari jalan dan usaha untuk mencapai
    kebahagiaan, keselamatan dan kemakmuran dalam rakyat sekalian.
3.    Sentiasa mengambil tahu keadaan dan kebajikan rakyat.


ð Sifat-sifat yang patut ada pada pemerintah :
1.    Hendaklah mempunyai sifat-sifat bijaksana, bertanggungjawab, sabar, tolak ansur, timbangrasa, simpati, luas pandangan.
2.    Hendaklah bersifat jujur, amanah dan berperikemanusiaan.

ð Akibat kezaliman pemerintah :
    Seseorang raja atau pemerintah yang zalim bukan sahaja akan menerima balasan neraka di
    akhirat, bahkan di dunia ini lambat laun akan disingkirkan dan digulingkan oleh rakyatnya
    sendiri.

ð Tanggungjawab rakyat dan orang bawahan :

1.    Wajib menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja, ketua Negara dan
      pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab
    2.   Hendaklah bekerjasama dengan pemerintah untuk membangunkan Negara dengan jujur
 3.   Patuh kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditentukan dengan
       sedayanya.

      Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
"وأطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم "

         Ertinya: “ Dan hendaklah kamu menuruti perintah Allah dan perintah RasulNya serta
                       perintah orang-orang yang menjaga urusan hidup kamu”

ð Bentuk suruhan yang tidak wajib dipatuhi :

   Sekiranya sesuatu perintah atau suruhan itu mengandungi tujuan jahat atau maksiat terhadap
   ajaran-ajaran Islam dan derhaka terhadap perintah Allah dan RasulNya seperti menyuruh minum
   arak, membunuh, main judi dan sebagainya, maka segala perintah-perintah itu tidaklah wajib
   dipatuhi dan tidaklah dikatakan menderhaka untuk menentangnya
   sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالق"
   Ertinya: “ Janganlah taat kepada perintah sebarang makhluk pun pada perkara-perkara maksiat
                  terhadap Allah Ta’ala”


J PENGAJARAN HADITH .

1.    Raja atau pemerintah negeri hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan
          jujur, adil dan saksama.

2.    Tiap-tiap ketua yang inginkan kejayaan mestilah mempunyai sifat sabar, tolak ansur,
      timbang rasa, jujur, amanah dan luas pandangan .

3.     Kita hendaklah patuh kepada perintah-perintah ketua samada kita suka atau tidak
      melakukannya selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama.

4.    Kita tidak dikatakan menderhaka jika kita membantah perintah-perintah ibu bapa atau ketua yang menyuruh melakukan kejahatan atau maksiat.

5.  Sebarang raja atau ketua Negara yang bersifat kejam, zalim dan menganiaya rakyat adalah
     diharamkan masuk syurga




























& HADITH 4 : KELEBIHAN BEKERJA SENDIRI



بسم الله الرحمن الرحيم
قال عليه الصلاة والسلام:
" لأن يأخذ أحدكم أحبله ثم يأتي الجبل فيأتي بحزمه من حطب على ظهره فيبيعها فيكف الله بها وجهه خير له من أن يسأل الناس أعطوه أو منعوه "                             (رواه البخاري)                                                                
J TERJEMAHAN HADITH :


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Sesungguhnya hendaklah seseorang daripada kamu mengambil talinya kemudian dia pergi ke bukit lalu memikul seberkas kayu api di belakangnya dan menjualnya, maka Allah Ta’ala menutupi mukanya dengan kayu api itu adalah lebih baik baginya  daripada jika dia meminta sedekah dari orang ramai samada mereka memberinya atau tidak.”                                          
                                                                                                                         - Riwayat Bukhari                                                                       
                                                                                                  
J HURAIAN HADITH :


ð Pekerjaan meminta sedekah atau menadah tangan memohon belas kasihan orang lain untuk 
    memenuhi keperluan hidup sehari-hari adalah satu perbuatan yang keji dan ditegah oleh Islam
    serta dipandang hina oleh masyarakat.

ð Keburukan meminta sedekah
    Perbuatan meminta sedekah selain daripada satu perbuatan yang keji dan ditegah oleh Islam
    serta dipandang hina oleh masyarakat. Kesan keburukannya seperti berikut:
1.    Boleh merendahkan maruah dan menjatuhkan nama baik
2.    Menyebabkan kemalasan, sedangkan yang meminta itu ada kekuatan untuk usaha.
3.    Menyebabkan tidak percaya kepada diri sendiri.
4.    Melemahkan semangat berusaha dan berikhtiar, sedangkan yang meminta itu berdaya untuk
         bekerja, ada kekuatan untuk usaha dan ada akal fikiran yang sihat untuk berfikir
         dan berikhtiar.
ð Cara mencari nafkah sehari-hari :

    Dalam hadith ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi contoh bagaimana hendak
    mencari nafkah untuk keperluan sehari-hari iaitu dengan cara paling mudah ialah dengan pergi
    ke bukit dan mencari kayu api kemudian menjualnya.

    Allah Ta’ala menjadikan muka bumi ini semata-mata untuk kebaikan dan kegunaan manusia
    semuanya. Oleh itu, manusia dikehendaki berikhtiar dan mencari jalan untuk mengkaji dan
    menerokai isi bumi yang boleh memberi faedah dan boleh mendatangkan hasil dalam kehidupan
    sehari-hari.

    Manusia boleh mencari rezeki dan memperolehi kekayaan yang terdapat di muka bumi ini
    mengikut kebolehan dan kesanggupan masing-masing. Ada di antaranya ialah dengan berlombong,
    bertani, menangkap ikan, bercucuk tanam, berniaga, mengambil upah dan sebagainya
    selagi tidak menyalahi ajaran-ajaran Islam.

ð Hasil dari titik peluh dan tenaga sendiri adalah lebih mulia dan lebih berkat pada pandangan
    Islam daripada hasil pendapatan dari pekerjaan meminta sedekah atau menadah tangan
    mengharap belas kasihan orang lain.

ð Melalui hadith ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menegaskan bahawa pekerjaan mencari
    rezeki dan kekayaan dunia dengan menggunakan tulang empat kerat dan titik peluh sendiri
    adalah lebih mulia walaupun hasilnya sedikit berbanding daripada meminta sedekah atau
    menadah tangan mengharap belas kasihan orang walaupun pendapatannya lebih lumayan
    dan mewah.
   
    Seperti sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :
    Ertinya: ”Tangan yang di atas (memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah
    (meminta) dan hendaklah kamu mulakan memberi kepada orang-orang yang di bawah
    tanggungan kamu.”





J PENGAJARAN HADITH

1.    Ugama Islam menggalakkan pemeluknya supaya berusaha mencari rezeki dan sara hidup
      dengan menggunakan tenaga dan titik peluh sendiri.

2.    Pekerjaan mencari rezeki dan kekayaan dunia dengan menggunakan tulang empay kerat dan
       titik peluh sendiri adalah lebih mulia walaupun hasilnya sedikit.

3.    Pekerjaan meminta sedekah atau menadah tangan mengharap belas kasihan orang adalah
      boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan peribadi.

6.    Orang yang pekerjaannya meminta sedekah sebagai sumber penghidupannya adalah orang
       yang malas, tidak percaya kepada diri sendiri dan beku fikiran dan jiwanya.

7.    Allah Ta’ala menjadikan alam ini dan segala isinya semata-mata untuk faedah dan kebaikan
       manusia. Maka rebutlah seberapa yang mampu.

8.    Rajin dan usaha adalah tangga kejayaan.