Ulangkaji


SOALAN -SOALAN PEPERIKSAAN ‘O’ LEVEL


BAHAGIAN FIKAH (ZAKAT)

TAHUN 2006 (JUN)
1.             Di antara asnaf yang layak menerima zakat ialah fakir dan miskin.  Jelaskan perbezaan diantara keduanya beserta contoh.
2.             Apakah yang dimaksudkan dengan rikaz?  Jelaskan cara mengeluarkan zakat rikaz.
3.             Berikan jumlah kadar zakat bagi binatang-binatang berikut:
i.            230 ekor kambing.
ii.             69 ekor lembu.
iii.            23 ekor unta.

TAHUN 2006 (NOV)
1.            Apakah yang dimaksudkan dengan zakat?  Berikan dalil dari Al Quran yang menunjukkan wajibnya mengeluarkan zakat.
2.            Terangkan syarat wajib mengeluarkan zakat tanam-tanaman dan buah-buahan.  Jelaskan kadar mengeluarkan zakat tersebut berdasarkan kepada penggunaan air.
3.            Selesaikan masalah berikut dengan memberikan alasan:
i.              Abd. Aziz mempunyai 36 ekor unta dan 100 ekor kambing yang belum dikeluarkan zakatnya sebelum ia meninggal dunia.
ii.             Setiap tahun Salmah memetik buah durian di kebunnya tidak kurang daripada 500 biji.

TAHUN 2007 (JUN)
1.            Apa erti zakat ? Nyatakan jenis harta benda yang wajib dikeluarkan zakat.
2.         Apakah perbezaan di antara orang-orang mualaf dan hamba mukatab.
3.         Selesaikan masalah zakat berikut dengan memberikan alasan :
            i.           Ahmad mempunyai 27 ekor lembu dan 40 ekor kambing.
            ii.          Osman membahagikan harta zakatnya kepada orang-orang yang berharta dan kaya
                         serta mewah hidupnya. 
            iii.          Hanafi mempunyai 400 gantang padi.

TAHUN 2007 (NOV)
1.         Jelaskan syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat. Bilakah ia mula disyariatkan?
2.         Nyatakan empat jenis binatang yang wajib dikeluarkan zakat serta syarat-syaratnya.
3.         Selesaikan masalah zakat di bawah :
            Seorang petani mengutip hasil tanamannya berjumlah 420 gantang yang terdiri dari gandum,
            padi dan jagung yang disiram dengan air hujan.

TAHUN 2008 (JUN)
1.         Tuliskan jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat dan nyatakan tiga hikmat Allah subhanahu
            wa taala mewajibkan zakat.
2.         Ulama Tafsir berselisih pendapat tentang maksud Fi-Sabilillah. Jelaskan.
3.         Berikan kadar zakat yang wajib dikeluarkan bagi binatang-binatang berikut :
            i.            11 ekor unta                                     iii.              45 ekor kambing
            ii.            30 ekor lembu                                 iv.              62 ekor kerbau

TAHUN 2008 (NOV)
1.         Terangkan jenis harta benda yang wajib dikeluarkan zakat. Apakah yang dimaksudkan
            dengan rikaz serta jelaskan cara mengeluarkan zakat tersebut.
2.         Sebutkan golongan-golongan yang berhak menerima zakat serta huraikan dua daripadanya.
3.         Selesaikan masalah zakat berikut dengan memberikan alasan :
            i.      Seorang meninggal dunia tetapi masih menanggung zakat.          
            ii.     Harta zakat yang wajib dizakatkan rosak sebelum dikeluarkan zakatnya.

TAHUN 2009 (JUN)
1.         Salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat ialah sampai nisab. Jelaskan.
2.         Siapakah orang-orang yang tidak berhak menerima zakat? Nyatakan lima daripada hikmat diwajibkan
            mengeluarkan zakat.
3.         Selesaikan masalah zakat dibawah :
            i.      Seorang petani telah mencampurkan hasil padinya yg berlainan mutunya untuk dikeluarkan zakat.          
            ii.     Emas dan perak yang telah dijadikan perhiasan dan pakaian oleh wanita.
TAHUN 2009 (NOV)
1.         Nyatakan jenis hasil tanam-tanaman dan buah-buahan yang wajib dikeluarkan zakat. Apakah yang di
            maksudkan dengan zakat perniagaan ?
2.         Ulama-ulama Tafsir berselisih pendapat tentang maksud Fi-Sabilillah. Jelaskan.
3.         Selesaikan masalah zakat dibawah :
            i.      Hj Hussin mempunyai 100 ekor kerbau pada 11 Zulhijjah 1427H dan pada 10 Zulhijjah 1428H, Hj
                    Hussin membuat penyembelihan korban sebanyak 30 ekor untuk fakir miskin.
            ii.     Zulkifli yang menghutangi sejumlah wang kepada seseorang yang dipercayainya akan membayar
                    hutang tersebut.

TAHUN 2010 (JUN)
1.         Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima dan wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat.
            Berikan hukum mengeluarkan Zakat mengikut ijma’ ulama.
2.         Tuliskan EMPAT sahaja orang-orang yang tidak berhak menerima zakat.
3.         Selesaikan masalah zakat dibawah :
            i.      Sarah mempunyai gelang, rantai dan cincin emas, beratnya 93 gram untuk perhiasan dirinya
                    dan perhiasan anak perempuannya.
            ii.     Helen Chia mendapat hasil mengerjakan sawah pada pertengahan tahun 2010 masehi sebanyak
                    640 gantang dengan siraman air hujan.

TAHUN 2010 (NOV)
1.         Berikan pengertian Zakat dan terangkan Empat sahaja hikmat diwajibkan zakat.
2.         Berapakah kadar nisab zakat emas dan perak ? Nyatakan syarat-syarat mengeluarkan zakat bagi
            keduanya serta jelaskan emas dan perak yang tidak diwajibkan zakat.
3.         Selesaikan masalah zakat berikut dengan memberikan alasan-alasannya:
            i.      Ali seorang peniaga barang-barang perabot dan setiap tahun mampu mendapat hasil sebanyak
                    $500,000.00
            ii.     Haji Lamat telah membahagikan hasil zakat kepada Awg Mail yang pendapatan hariannya hanya
                    $7.00 sedangkan keperluan harian mereka adalah $8.50.

BAHAGIAN FIKAH (HAJI)

TAHUN 2006 (JUN)
1.            Diantara rukun haji dan umrah ialah bercukur.  Jelaskan masa bercukur bagi haji dan umrah.
2.            Jelaskan masa bagi melontar ketiga-tiga jamrah.  Nyatakan syarat-syaratnya.
3.            Selesaikan masalah berikut dengan memberikan alasan:
i.              Dalam perjalanan ke Mina iaitu selepas wukuf di Padang Arafah,  Aiman telah memakai minyak wangi di pakaian ihramnya.
ii.             Aminah sedang melakukan tawaf,  tiba-tiba terlupa akan bilangan pusingan tawaf yang telah dilakukannya.

TAHUN 2006 (NOV)
1.            Terangkan maksud berkuasa dan berkemampuan dalam syarat-syarat wajib haji itu.
2.            Jelaskan maksud miqat dan sebutkan miqat zamani bagi ibadat haji dan umrah.
3.            Selesaikan masalah berikut dengan memberikan alasan:
i.              Ahamad mengerjakan sa’ie sebelum selesai tawaf hajinya tujuh kelilling.
ii.             Hasnah mengerat kukunya setelah tahallul awal.

TAHUN 2007 (JUN)
1.          Apa yang dimaksudkan dengan wajib haji? Jelaskan rukun-rukun haji satu persatu.
2.          Terangkan erti dam dalam ibadah haji dan nyatakan jenis-jenis dam.
3.          Selesaikan masalah haji berikut dengan memberi alasan :
             i.          Adnan memakai songkok semasa berihram
             ii.         Sepasang suami isteri bertengkar setelah berniat ihram
             iii.        Anuar tidak bermalam di Muzdalifah ketika menunaikan fardhu haji.

TAHUN 2007 (NOV)
1.          Terangkan pengertian haji dan jelaskan syarat bagi orang yang berkuasa dan mampu untuk
              menunaikan ibadat haji.
2.              Apakah yang dimaksudkan dengan melontar ke tiga-tiga jamrah? Nyatakan empat syarat sah
              melontar.
3.           Selesaikan masalah haji berikut dengan memberikan alasan :
              i.            Ahmad dan rombongan telah tiba di padang Arafah pada 11 Zulhijjah.
              ii.           Ismail telah mencabut sehelai rambutnya dengan tidak sengaja semasa dalam berihram.
TAHUN 2008 (JUN)
1.           Apa yang dimaksudkan dengan sai (sa’ie)? Nyatakan syarat-syarat sah sai.
2.           Terangkan lima hikmat perkara yang dilarang semasa dalam ihram.
3.           Selesaikan masalah haji berikut dengan memberikan alasan:
              i.             Ahmad bermalam di Mina dan meneruskan perjalanan ke Mekah.
              ii.            Zainab sering kali mandi dan menukar pakaian ihram semasa berihram.

TAHUN 2008 (NOV)
1.           Terangkan perbezaan haji dan umrah dari segi rukun-rukunnya.
2.           Apakah yang dimaksudkan dengan tawaf. Nyatakan syarat-syarat sah tawaf.
3.           Seleaikan masalah haji bagi perkara berikut:
              i.             Mengerjakan haji bagi pihak orang lain.
              ii.            Meninggal dunia sebelum sempat menunaikan fardu haji.
              iii.           Menunaikan fardu haji bagi perempuan.

TAHUN 2009 (JUN)
1.           Apakah yang dimaksudkan dengan haji? Nyatakan syarat-syarat wajib haji.
2.           Jelaskan maksud rukun haji serta nyatakan lima daripadanya..
3.           Seleaikan masalah haji bagi perkara berikut:
              i.             Hussin ragu bilangan tawafnya sama ada pusingan kelima atau keenam.
              ii.            Memakai pakaian ihram tanpa niat di Miqat.

TAHUN 2009 (NOV)
1.           Berikan pengertian haji dan umrah. Sebutkan syarat-syarat sah haji.
2.           Jelaskan maksud nafar awal dan nyatakan tiga sahaja syarat nafar awal.
3.           Seleaikan masalah haji bagi perkara berikut:
              i.             Seorang lelaki memakai jubah semasa berihram.
              ii.            Umar bernazar untuk menunaikan fardhu haji tetapi beliau telah meninggal dunia sebelum
                             menunaikan nazarnya.

TAHUN 2010 (JUN)
1.           Berikan makna istilah ulama fikah dalam bab haji bagi prkataan-perkataan berikut:
              i.             Umrah                                         iv            Dam
              ii             Nafar awal                                   v             Sembelihan
              iii            Miqat                     
2.           Nyatakan rukun-rukun Umrah dan syarat-syarat wajib haji.
3.           Selsaikan masalah haji bagi menyatakan alasan-alasan:
              i.             Siti sedang dalam ihram ketika dia bertengkar dengan orang gajinya.
              ii.            Adam melakukan tawaf sambil mendukung anaknya yang lampinnya sedang menampung
                             najis.

TAHUN 2010 (NOV)
1.           Berikan Lima sahaja hikmat diwajibkan haji.             
2.           Sebutkan jenis-jenis tawaf dan berikan Tiga sahaja syarat-syarat sah saie.
3.           Berikan hukum masalah berikut dengan memberikan alasan:
              i.             Hamizan memakai baju jubah panjang untuk mengerjakan tawaf setelah melontar Jamratul
                             Aqabah dan bercukur.
              ii.            Zahra sampai dipadang Arafah selepas waktu Asar pada 9 Zulhijjah.


BAHAGIAN SEJARAH  (KERAJAAN BANI UMAIYAH)

TAHUN 2006 (JUN)
1.            Buat catatan ringkas riwayat hidup khalifah Al Walid bin Abdul Malik dan nyatakan jasa2 beliau.
2.            Apakah gelaran yang diberikan kepada khalifah Omar bin Abdul Aziz disebabkan kewarakannya?  Nyatakakan sebab beliau dikatakan seadil-adil khalifah Bani Umaiyah.
3.            Buat catatan ringkas mengenai tiga sahaja daripada tokoh-tokoh berikut:
i.              Abdullah bin Zubair.                  
ii.     Hajjaj bin Yusuf Ath Thaqafi.         

TAHUN 2006 (NOV)
1.            Buatkan catatan ringkas mengenai riwayat hidup dan jasa-jasa Muawiah bin Abi Sufian.
2.            Siapakah pemerintah terakhir kerajaan Bani Umaiyah?  Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kepada kejatuhan kerajaan tersebut.
3.            Jelaskan perbezaan system perlantikan khalifah di antara Khulafa Ar Rashidin dengan Kerajaan Umaiyah.

TAHUN 2007 (JUN)
1.          Jelaskan secara ringkas perlantikan Muawiyah bin Abi Sufian dan tuliskan empat daripada jasa-jasa  
             yang telah dibuat semasa pemerintahan beliau.
2.             Buat catatan ringkas tentang riwayat hidup dan cara pemerintahan Khalifah Yazid bin Muawiyah.
3.           Tuliskan catatan ringkas mengenai tokoh-tokoh berikut:                                                                 
              i.           Tariq bin Ziyad
              ii.           Musa bin Nusair
              iii.          Husain bin Ali

TAHUN 2007 (NOV)
1.           Jelaskan peranan Muawiyah bin Abi Sufian dalam pembentukan kerajaan Bani Umaiyah.
2.           Buatkan catatan ringkas mengenai riwayat Al-Walid bin Abd Malik. Tuliskan tiga sahaja di antara
              kejayaannya dalam pembangunan Negara di zaman pemerintahan beliau.
3.           Tuliskan catatan ringkas mengenai dengan peristiwa Karbala.

TAHUN 2008 (JUN)
1.           Terangkan berapa perkara berhubung dengan peribadi dan cara perlantikan KHalifah Omar bin
              Abdul Aziz serta usaha-usaha yang dilakukannya semasa pemerintahan beliau.
2.           Tuliskan empat sebab kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.
3.           Buatkan catatan ringkas mengenai tokoh-tokoh ini:
              i.             Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi
              ii.            Abdullah bin Zubair                
              iii.           Qutaibah bin Muslim al-Bahili
              iv.           Al-Kindi

TAHUN 2008 (NOV)
1.           Tuliskan catatan mengenai riwayat hidup Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian dan nyatakan
              sebab-sebab sebilangan pembesar hijaz (Madinah) tidak setuju dan menentang cara
              perlantikan Yazid sebagai Khalifah.
2.           Jelaskan tiga golongan umat Islam yang wujud di zaman pemerintahan Muawiyah bin abi
              Sufian. Golongan manakah yang dianggapnya sangat merbahaya.
3.           Huraikan secara ringkas sebab-sebab kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

TAHUN 2009 (JUN)
1.               Jelaskan riwayat hidup Muawiyah bin Abi Sufian.
2.               Terangkan lima sahaja jasa-jasa Abd Malik bin Marwan
3.           Tuliskan catatan ringkas dua sahaja daripada tokoh-tokoh yang berikut :
              i.             Hussin bin Ali
              ii.            Musa bin Nusair
              iii.           Tariq bin Ziyad

TAHUN 2009 (NOV)
1.            Huraikan sejarah penubuhan kerajaan Bani Umaiyah.
2.           Jelaskan lima golongan masyarakat Islam dalam masa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
3.           Buatkan catatan ringkas dua sahaja daripada tokoh-tokoh yang berikut :
              i.             Uqbah bin Nafi’
              ii.            Qutaibah bin Muslim Al-Bahili
              iii.           Al-Kindi

TAHUN 2010 (JUN)
1.                         Jelaskan faktor-faktor tertubuhnya Kerajaan Bani Umaiyah.
2.                         Huraikan strategi-strategi Muawiyah bin Abi Sufian ketika menakluki Kota Constantinapole dari Kota Qairawan.

TAHUN 2010 (NOV)
1.            Jelaskan mengenai peribadi Abd Malik bin Marwan dan langkah-langkah beliau dalam menghapuskan
               golongan pemberontak.
2.               Ceritakan dengan ringkas mengenai penaklukan negeri Sepanyol semasa Khalifah Al Walid bin
   Abd Malik.
3.                   Kemajuan yang dilakukan oleh Khalifah Omar bin Abd Aziz.
4.                   Perbezaan corak pemerintahan Kerajaan Abbasiyah dengan Kerajaan Umaiyyah.

BAHAGIAN SEJARAH (KERAJAAN BANI ABBASIYAH)

TAHUN 2006 (JUN)
1.            Bilakan terbentuknya keluarga Barmak dalam pemerintahan kerajaan Abbasiyah?  Nyatakan sebab utama kenapa khalifah Harun Ar Rashid menghapuskan keluarga Barmak dalam masa pemerintahhnnya.
2.            Jelaskan kegiatan intelektual kerajaan Bani Abbas.
3.            Buat catatan ringkas mengenai tiga sahaja daripada tokoh-tokoh berikut:
i.              Golongan Shiah semasa pemerintahan Abu Jaafar Al Mansur.
ii.             Muhammad Al Amin bin Harun Ar Rashid.

TAHUN 2006 (N0V)
1.            Nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh khalifah Abu Al Abbas As Saffah bagi mengukuhkan kerajaan Abbasiah sebaik sahaja beliau dilantik menjadi khalifah.
2.            Jelaskan sebab ahli sejarah meletakkan zaman pemerintahan khalifah Harun Ar Rashid sebagai Zaman Keemasan kerajaan Abbasiah dan Zaman Kemegahan kerajaan tersebut.
3.            Nyatakan secara ringkas mengenai Jabatan Kewangan kerajaan Abbasiah.

TAHUN 2007 (JUN)
1.         Buatkan catatan ringkas mengenai riwayat hidup dan peribadi Khalifah Harun Al-Rashid
2.         Ceritakan mengenai perkembangan ilmu pengetahuan di zaman pemerintahan Khalifah Al Ma’mun.

TAHUN 2007 (N0V)
1.         Jelaskan pengaruh keluarga Barmak dalam masa pemerintahan Kerajaan Bani Abbas.
2.         Tuliskan secara ringkas riwayat hidup Abu Al-Abbas Al-Saffah dengan menyentuh peribadi, sikap,
            pentadbiran dan jasa-jasa beliau semasa pemerintahannya.
3.         Tuliskan catatan ringkas mengenai Perkembangan intelektual Islam pada zaman Abbasiah.

TAHUN 2008 (JUN)
1.         Jelaskan dengan ringkas empat sebab tertubuhnya Kerajaan Bani Abbasiah.
2.         Nyatakan peribadi Khalifah Al-Amin dan terangkan siasah beliau dalam mengukuhkan kedudukannya
            sebagai seorang khalifah Kerajaan Bani Abbas.
             
TAHUN 2008 (NOV)
1.         Huraikan pemberontakan yang termasyhur semasa pemerintahan Khalifah al-Hadi.
2.         Jelaskan lima sahaja daripada jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar al-Mansor sehingga beliau dikenali
            sebagai Bapa Pembangunan Kerajaan Bani Abbas.

TAHUN 2009 (JUN)
1.         Jelaskan cara perlantikan Khalifah-khalifah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiah.
2.         Nyatakan individu-individu dan golongan yang dicurigai oleh Abu Ja’afar Al-Mansur dengan
            memberikan alasan mengenainya.

TAHUN 2009 (NOV)
1.         Jelaskan secara ringkas empat sebab-sebab tertubuhnya kerajaan Bani Abbasiyah.
2.         Huraikan riwayat hidup khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah. Jelaskan sikap beliau terhadap golongan Bani
            Umaiyah.

TAHUN 2010 (JUN)
1.         Siapakah ’Bapa Pembangunan’ Kerajaan Bani Abbasiah ? Jelaskan riwayat hidup beliau
2.         Terangkan kemajuan ilmu pengetahuan dan kepesatan intelektual di zaman Abbasiah.
3.         Buatkan catatan ringkas mengenai perkara-perkara berikut :
            i.           Abdul Rahman Al-Dakhil
            ii.          Daulah Idrisiah                                iii.         Sistem ketenteraan Abbasiah.

TAHUN 2010 (NOV)
1.                    Huraikan riwayat hidup Khalifah Al-Mahdi dan jasa-jasa beliau
2.                    Ceritakan mengenai pembabitan keluarga Barmak dalam pentadbiran kerajaan Abbasiah sehingga
      terhapusnya keluarga ini.
3.                    Kemajuan peradaban dan Kebudayaan Islam di zaman Khalifah Al-Makmun.




BAHAGIAN TAUHID (HARI KIAMAT)

TAHUN 2006 (JUN)
1.            Apakah yang dimaksudkan dengan qiamat dalam ilmu Tauhid?  Berikan enam nama lain bagi hari qiamat.
2.            Antara alamat besar akan berlakunya qiamat ialah kedatangan dajjal.  Jelaskan mengenai dajjal seperti mana yang tersebut dalam hadis dan berikan kesimpulan secara umum perkara yang akan berlaku dari kedatangan dajjal itu.
3.            Setelah manusia dibangkitkan semula dari kubur,  mereka akan dihimpunkan di padang Mahsyar.  Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan padang mahsyar dan berikan gambaran keadaan manusia ketika berada ditempat itu.

TAHUN 2006 (NOV)
1.            Apakah yang dimaksudkan dengan sam’iyat?  Berikan tiga contoh mengenai sam’iyat.
2.            Di antara alamat hampir berlakunya qiamat ialah turunnya Nabi Isa alaihi salam ke dunia.  Jelaskan kepercayaan Islam dan Kristian mengenainya.
3.            Setelah dihisab pada hari qiamat,  manusia akan menuju ke tempat pembalasan melalui sirat (صراط).  Apakah yang dimaksudkan dengan sirat dan bagaimanakah keadaan manusia ketika itu?

TAHUN 2007 (JUN)
1.          Antara alamat masyhur hampir berlakunya kiamat ialah turunnya Nabi isa alaihissalam ke dunia kali  
             kedua. Jelaskan pandangan Islam mengenainya.
2.          Setelah manusia dibangkitkan semula dari alam kubur, mereka akan dihimpunkan di Padang Mahsyar.
             Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Mahsyar dan berikan gambaran keadaan manusia ketika
             berada di tempat tersebut.
3.          Terangkan pengertian Syurga dan Neraka serta tuliskan tiga nama Syurga dan tiga nama Nereka.

TAHUN 2007 (NOV)
1.          Di antara tanda-tanda kiamat ialah datangnya Dajjal. Nyatakan siapa Dajjal itu dan jelaskan
             tafsiran ulama mengenainya.
2.          Jelaskan tujuan manusia dibangkitkan semula oleh Allah Taala pada hari kiamat.
3.          Ulama tafsir membahagikan tiupan sangkakala yang menandakan hampir berlakunya kiamat kepada
             tiga peringkat. Jelaskan.

TAHUN 2008 (JUN)
1.          Kiamat adalah suatu kejadian yang pasti akan berlaku. Jelaskan pengertian kiamat berdasarkan
             ilmu tauhid, berikan tiga alamat kecil & tiga alamat besar yang menunjukkan berlakunya kiamat.
2.          Setelah manusia dibangkitkan semula dari kubur,mereka akan dihimpunkan di padang Mahsyar.
             Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan padang Mahsyar dan berikan gambaran keadaan manusia
             berada di tempat itu.
3.          Pahala dan dosa merupakan balasan Allah kepada manusia. Apakah pengertian pahala dan dosa?
             Berikan dua hikmat diadakan pahala dan dua hikmat diadakan dosa.

TAHUN 2008 (NOV)
1.          Jelaskan berkenaan dengan seksa dan nikmat dalam kubur seperti yang diterangkan didalam
             hadis Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
2.          Di antara alamat besar hampir terjadinya kiamat yang tersebut dalam hadis ialah kedatangan
             Dajjal. Jelaskan tafsiran mengenai Dajjal.
3.          Berikan pengertian syurga dan neraka serta sebutkan dua nama lain bagi syurga dan neraka.

TAHUN 2009 (JUN)
1.          Jelaskan pendapat ulama tafsir tentang  tiupan sangkakala.
2.          Nyatakan tiga proses kehidupan yang mesti dilalui oleh setiap manusia dalam menuju kehidupan
             yang kekal abadi.
3.          Berdasarkan keterangan Al-Quran, jelaskan keadaan manusia ketika dihisab pada hari kiamat.

TAHUN 2009 (NOV)
1.          Tuliskan lima nama lain bagi kiamat yang terdapat dalam Al-Quran.
2.          Jelaskan siapakah yang menerima syafaat Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam.
3.          Sebutkan pengertian samiyyat dengan memberikan contoh.

TAHUN 2010 (JUN)
1.          Percaya kepada hari Kiamat adalah salah satu rukun Iman. Bagaimanakah cara untuk mempercayai
             Hari kiamat.
2.          Nyatakan tiga proses kehidupan yang mesti dilalui oleh setiap manusia dalam menuju kehidupan
             yang kekal abadi.
3.          Tuliskan tiga hikmat Allah mengadakan pengadilan di padang Mahsyar.

TAHUN 2010 (NOV)
1.                      Di antara alamat besar hampir terjadinya kiamat yang tersebut dalam hadis ialah kedatangan Dajjal.
            Jelaskan tafsiran mengenai Dajjal.
2.                      Ulama tafsir membahagikan peringkat tiupan sangkakala oleh malaikat Israfil kepada tiga peringkat,
Jelaskan peringkat-peringkat tersebut.
3.         Bagaimanakah keadaan manusia ketika berada di padang Mahsyar.


BAHAGIAN TAUHID (QADHA DAN QADAR)

TAHUN 2006 (JUN)
1.            Apakah yang dimaksudkan dengan qada dan qadar?  Berikan contoh mengenai kedua-duanya.
2.            Jelaskan pendapat golongan Mu’tazillah mengenai qada dan qadar serta berikan ulasan kamu mengenai pendapat tersebut.
3.            Apakah yang dimaksudkan dengan keramat?  Berikan satu contoh kepercayaan masyarakat mengenainya yang boleh menyebabkan penyelewengan akidah.

TAHUN 2006 (NOV)
1.            Jelaskan perbezaan pendapat di antara golongan Jabariah dgn Qadariah mengenai qada & qadar.
2.            Apakah yang dimaksudkan dengan tawakkal?  Berikan satu contoh mengenainya.
3.            Antara kepercayaan karut yang masih ada pada masa ini ialah sempena baik (  تشاؤم) dan sempena buruk ( تفاؤل ),  yang mana perkara ini mesti dikawal dari terus dipercayai oleh generasi akan datang.  Jelaskan sebab perkara ini mesti dikawal beserta contoh.


TAHUN 2007 (JUN)
1.          Qadak dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman. Jelaskan perbezaan di antara qada dan qadar
             dan nyatakan tujuan utama kita diwajibkan mempercayai qadak dan qadar.
2.          Jelaskan pendapat golongan Qadariah dan Jabariah mengenai qada dan qadar dan berikan ulasan
             kamu tentang pendapat kedua-dua golongan ini.
3.          Jelaskan kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan sebahagian umat Islam yang bercanggah
             dengan akidah Islam mengenai keramat.

TAHUN 2007 (NOV)
1.          Apakah yang dimaksudkan dengan tawakal? Jelaskan secara ringkas hubungan tawakal dengan
             qadak dan qadar.
2.          Jelaskan pendapat golongan Muktazilah mengenai qadak dan qadar Allah Taala. Apakah  kelemahan
             yang terdapat dalam pendapat golongan ini?
3.          Qadak dan qadar tidak berlawanan dengan usaha dan ikhtiar. Jelaskan.

TAHUN 2008 (JUN)
1.          Percaya kepada qada dan qadar adalah salah satu daripada rukun Iman. Apakah tujuan orang Islam
             dikehendaki mempercayainya?
2.          Terdapat perselisihan pendapat tentang usaha dan ikhtiar  dan kaitannya dengan qada dan  qadar
             sehingga wujud empat golongan yang dikenali dengan golongan Qadariah. Muktazilah,Jabariah
             dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuuliskan dua sahaja pendapat daripada golongan Muktazilah dan
             Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3.          Keramat bererti kemuliaan, tetapi sebahagian orang telah menyalah anggap terhadap orang yang
             dikurniakan keramat. Nyatakan kepercayaan karut tentang keramat ini.

TAHUN 2008 (NOV)
1.           Jelaskan perbezaan pendapat di antara golongan Jabariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai
              qadak dan qadar.
2.           Nyatakan tujuan manusia dikehendaki percaya kepada qadak dan qadar Allah.
3.           Apakah yang dimaksudkan dengan keramat? Berikan satu contoh mengenainya.

TAHUN 2009 (JUN)
1.           Jelaskan pendapat golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai qadak dan qadar Allah Taala dan
              sebutkan nama tiga golongan yang lain.
2.           Jelaskan maksud khurafat dan apakah punca yang menyebabkan timbulnya khurafat.
3.           Jelaskan pendapat golongan Jabariah dan Qadariah mengenai qadak dan qadar berdasarkan
              kepada pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

TAHUN 2009 (NOV)
1.           Qadak dan qadar tidak bertentangan dengan usaha dan ikhtiar manusia. Berikan empat hujah kamu 
              untuk menyokong pernyataan ini.
2.           Apakah yang dimaksudkan dengan tawakkal serta berikan satu contoh mengenai dengan tawakkal.
3.           Jelaskan diantara sebab-sebab amalan mandi safar dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

TAHUN 2010 (JUN)
1.           Tuliskan pengertian qadak dan qadar dan berikan satu contoh mengenai qadak dan satu contoh
              mengenai qadar.
2.           Apakah hukum mempercayai qadak dan qadar dan berikan dalil Al-Quran mengenainya.
3.           Nyatakan perbezaan pendapat di antara golongan Qadariah dan Ahli  Sunnah Wal Jamaah mengenai
              qadak dan qadar.

TAHUN 2010 (NOV) 
1.                         Tuliskan empat golongan atau aliran fahaman yang bertentangan pendapat tentang takdir Allah  
              dan ikhtiar serta usaha manusia dalam konsep Qadak dan Qadar serta nyatakan pendapat yang
              paling sesuai dengan pegangan umat Islam di Negara ini.
2.           Apakah pendapat golongan Muktazilah mengenai Qadak dan Qadar.
3.           Apakah yang dimaksudkan dengan khurafat dan tuliskan tiga contoh daripada khurafat.


BAHAGIAN TAFSIR

TAHUN 2006 (JUN)
قال الله تعالى
وابتغ فيما ءاتك الله الدار الاخرة ، ولاتنس نصيبك من الدنيا ، وأحسن كما أحسن الله اليك ، ولاتبغ الفساد فى الآرض ، ان الله لا يحب المفسدين   (77) – ( سورة القصص : 77)
1.         Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.
2.         Jelaskan bagaimanakah cara kita menegenang jasa dan budi baik Allah Subhanahu Wataala berdasarkan ayat di atas.
3.         Nyatakan perkara yang menjadi kemurkaan Allah Subahanahu Wataala terhadap hamba-hambanya.
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat diatas.

TAHUN 2006 (NOV)
قال الله تعالى
ويوم يحشر أعداء الله الى النار فهم يوزعون (19)  حتى اذا ما جأ وها شهد عليهم سمعهم وابصرهم وجلودهم بما كانوا يعملون (20)  وقالوا لجلودهم لم شهدتم علينا ، قالوا أنطقنا الله الذى أنطق كل شىء وهو خلقكم أول مرة واليه ترجعون  (21)
– ( سورة فصلت : 19 -21)
1.         Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya.
2.         Bagaimanakah keadaan musuh-musuh Allah pada hari qiamat nanti?
3.         Jelaskan maksud potongan ayat berikut:
وقالوا لجلودهم لم شهدتم علينا قالوا أنطقنا الله الذى أنطق كل شىء
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

TAHUN 2007 (JUN)
قال الله تعالى
وهو الذى أنشأ جنت معروشت وغير معروشت والنخل والزرع مختلفا أكله والزيتون والرمان متشبها وغير متشبه ، كلوا من ثمره  إذااثمر وءاتوا حقه,  يوم حصاده ،  ولاتسرفوا ، انه, لايحب المسرفين (141) - ( سورة الأنعام :  141) .
1.         Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya.
2.         Berdasarkan ayat di atas, nyatakan nikmat pemberian Allah Taala mengenai tumbuh-tumbuhan?
3.         Jelaskan maksud potongan ayat berikut:
ولاتسرفوا  انه  لايحب المسرفين
4.            Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

TAHUN 2007 (NOV)
قال الله تعالى
وأذن فى الناس بالحج يأتوك رجالا وعلى كل ضامر يأتين من كل فج عميق (27)  ليشهدوا منفع لهم ويذكروا اسم الله فى أيام معلمومت على ما رزقهم من بهيمة الأنعم ، فكلوا منها وأطعموا البائس الفقير (28)  - ( سورة الحج : 27 – 28).
1.          Berikan erti prkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.
2.          Apakah maksud ibadah haji? Nyatakan syarat-syarat wajib haji.
3.          Jelaskan peranan ibadah haji dalam membentuk perpaduan ummah.
4.          Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil dari ayat di atas.

TAHUN 2008 (JUN)
قال الله تعالى
يأيها الذين ءامنوا اذا قيل لكم تفسحوا فى المجلس فافسحوا يفسح الله لكم ، واذا قيل نشزوا يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت ، والله بما تعملون خبير (11) – (سورة  مجادله : 11)
1.          Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya.
2.             Ayat di atas menyebutkan supaya kita melapangkan tempat duduk atau memberi ruang kepada
             orang lain untuk sama-sama menghadiri majis keugamaan. Sebutkan majlis-majlis yang
             bermanfaat yang difikirkan patut dihadiri beramai-ramai.
3.          Jelaskan maksud firman Allah:
 يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
4.          Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat tersebut.

TAHUN 2008 (NOV)
قال الله تعالى
وابتغ فيما ءاتك الله الدار الاخرة ، ولاتنس نصيبك من الدنيا ، وأحسن كما أحسن الله اليك ، ولاتبغ الفساد فى الآرض ، ان الله لا يحب المفسدين   (77) -  ( سورة القصص : 77)
1.         Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.
2.         Sebahagian masyarakat beranggapan bahawa agama Islam hanya mementingkan kehidupan akhirat sahaja. Berdasarkan ayat di atas, berikan penjelasan kamu bagi menolak anggapan itu.
3.         Apakah cara untuk mengenang jasa dan budi baik Allah kepada manusia?
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini.

TAHUN 2009 (JUN)
قال الله تعالى
أدع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة ، وجدلهم بالتى هى أحسن ، ان ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله ، وهو  أعلم
بالمهتدين (125) -  (سورة النحل : 125)
1.            Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.
2.            أدع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

3.            Ayat ini menggariskan cara menjalankan dakwah dengan lebih berkesan. Jelaskan tiga panduan tersebut.
4.            Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

TAHUN 2009 (NOV)
قال الله تعالى
يأيها الذين ءأمنو انما الخمر والميسر والأنصاب والأزلم رجس من عمل الشيطن فاجتنبوه لعلكم تفلحون (90) أنما يريد الشيطن أن يوقع بينكم العدوة  والبغضاء فى الخمر والميسر ويصد كم عن ذكر الله وعن الصلوة فهل أنتم منتهون (91)
 - ( سورة المائدة : 90 – 91) 
1.         Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.
2.         Berdasarkan firman Allah Taala di atas. Nyatakan perkara-perkara keji daripada perbuatan syaitan?
3.         Kenapa Allah Taala melarang kita manisia mendekati empat perkara kejahatan yang terdapat dalam
            Ayat ini.
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil dari pada ayat di atas.

TAHUN 2010 (JUN)
قال الله تعالى
الذين يأكلون الربوا لايقومون الا كما يقوم الذى يتخبطه الشيطن من المس ،  ذلك بانهم قالوا انما البيع مثل الربوا ،  واحل الله البيع وحرم الربوا ، فمن جاءه ,موعظة من ربه فانتهى فله ما سلف وأمره الى الله ، ومن عاد فأولئك أصحب النار، هم فيها خلدون (275)
- ( سورة البقرة  : 275)
1.         Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris dibawahnya.
2.         Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Jelaskan jenis-jenis riba.
3.         Huraikan maksud ayat di atas.
فمن جاءه ,موعظة من ربه فانتهى فله ما سلف وأمره الى الله
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas.

TAHUN 2010 (NOV)
قال الله تعالى
يأيها الذين ءامنوا اذا قيل لكم تفسحوا فى المجلس فافسحوا يفسح الله لكم ، واذا قيل انشزوا فانشزوا يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت ، والله بما تعملون خبير (11) – (سورة  مجادله : 11)

1.            Berikan erti perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya.
2.                            Huraikan maksud potongan ayat berikut:
  يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت ,  والله بما تعملون خبير
3.         Berdasarkan ayat diatas, berikan dua panduan adab sopan dalam menghadiri satu-satu majlis keramaian.
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada ayat tersebut.

BAHAGIAN HADIS

TAHUN 2006 (JUN)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
اجتنبوا السبع الموبقات، قالوا وما هى يأرسول الله ؟  قال :  الشرك با الله والسحر وقتل النفس التى حرم الله الا بالحق وأكل الربا واكل مال اليتيم والتولى يوم الزخف وقذف المحصنات الغافلات - رواة البخارى.
1.         Terjemahkan hadith diatas ke dalam bahasa Melayu.
2.         Nyatakan 7 perkara buruk yang boleh membinasakan iman dan kehidupan seseorang muslim itu berdasarkan hadis di atas.
3.         Jelaskan maksud syirik beserta hukumnya.
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas.

TAHUN 2006 (NOV)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
سئل النبى صلى الله عليه وسلم :  أى الكسب أطيب ؟  قال :  عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور   -  رواه الحاكم وصححه
1.                   Terjemahkan hadis diatas ke dalam bahasa Melayu.
2.                   Jelaskan dua jenis pekerjaan yang disarankan oleh Islam paling baik dari segi kebaikan bekerja
            dan memperolehi keuntungan.
3.                   Bagaimanakah cara urusan jual beli yang sebaik-baiknya menurut Islam.
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas.

TAHUN 2007 (JUN)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
سئل النبى صلى الله عليه وسلم :  أى الكسب أطيب ؟  قال :  عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور   -  رواه الحاكم وصححه
1.         Terjemahkan hadis diatas ke dalam bahasa Melayu.
2.         Jelaskan maksud potongan hadis ini :
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
3.         Jelaskan dua mata pencarian yang dijamin oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai
            pekerjaan yang paling baik serta nyatakan sebabnya.
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas.

TAHUN 2007 (NOV)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  :
مثل المؤمنين فى توادهم وتراحمهم متعاطفهم كمثل الجسد اذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى - رواه البخارى
1.          Terjemahkan hadis di atas ke dalam bahasa melayu.
2.          Nyatakan cara hidup bermasyarakat mengikut pandangan Islam.
3.          Jelaskan sejauh manakah pengajaran hadis ini dapat diamalkan dlm masyarakat pada hari ini.
4.          Berikan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis yang tersebut di atas.

TAHUN 2008 (JUN )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
روات الربيع بنت معوذ :  كنا نغزو مع رسول الله صلى الله عليه وسلم :  نسقى القوم ونخد مهم ونرد الجر حى والقتلى الى المدينة   -  رواه البخارى
1.          Terjemahkan hadis di atas ke dalam bahasa Melayu.
2.          Islam telah menghapuskan amalan zaman jahiliah berhubung dengan wanita. Jelaskan
             kedudukan kaum wanita setelah terutusnya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
3.          Terangkan empat sahaja di antara peranan wanita Islam dalam pembangunan dan 
             kesejahteraan dan Negara.
4.          Berikan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis tersebut.

TAHUN 2008 (NOV)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يسروا ولأتعسرا وبشروا ولأتنفروا   -  رواه البخارى
1.            Terjemahkan hadis ini ke dalam bahasa Melayu.
2.            Sebutkan dua dasar daripada dasar-dasar am yang diikuti oleh Islam dalam mengenakan hokum-hukumnya kepada orang Islam.
3.            Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
يسروا ولأتعسرا وبشروا ولأتنفروا
4.         Berikan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadith tersebut.

TAHUN 2009 (JUN)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
اجتنبوا السبع الموبقات، قالوا وما هى يأرسول الله ؟  قال :  الشرك با الله والسحر وقتل النفس التى حرم الله الا بالحق وأكل الربا واكل مال اليتيم والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات الغافلات - رواة البخارى.
1.         Terjemahkan hadith diatas ke dalam bahasa Melayu.
2.         Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan :
            i.    Syirik
            ii.   Mempercayai sihir.
3.         Kenapa riba termasuk dalam tujuh perkara yang merosakkan.
4.         Berikan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadis di atas.

TAHUN 2009 (NOV)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
لأن يأخذ أحدكم أحبله ثم يأتى الجبل فيأتى بحزمة من حطب على ظهره فيبيعها فيكف الله بها وجهه خير له من أن يِشأل الناس أعطوه أو منعوه. -    رواه البخارى
1.         Terjemahkan hadis di atas ke dalam bahasa Melayu.
2.         Jelaskan sebab-sebab ugama Islam menegah pekerjaan meminta sedekah dan dipandang hina oleh
            masyarakat?
3.         Apakah pekerjaan yang lebih mulia menurut pandangan Islam.?
4.         Tuliskan empat pengajaran yang dapat diambil daripada hadith yang tersebut di atas.


TAHUN 2010 (JUN)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
عن عمران بن حصين رضى الله عنهما قال :  قال رجل يا رسول الله ،  أيعرف أهل الجنة من اهل النار؟  قال : نعم ؟  قال :  فلم يعمل العاملون ؟  قال : كل يعمل لما خلق له أو لما يسرله -  رواه البخارى 
1.         Terjemahkan hadis di atas ke dalam bahasa Melayu.
2.         Siapakah golongan orang-orang yang menjadi penghuni syurga dan siapakah pula golongan orang-orang yang menjadi penghuni Neraka?
3.         Jelaskan maksud Rasulullah S.A.W. bersabda: { كل يعمل لما خلق له أو لما يسرله  }
4.         Sebutkan empat pengajaran yang dapat diambil dari hadis tersebut.

TAHUN 2010 (NOV)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
سئل النبى صلى الله عليه وسلم :  أى الكسب أطيب ؟  قال :  عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور   -  رواه الحاكم وصححه
1.         Terjemahkan hadis di atas ke dalam bahasa Melayu.
2.         Selain bekerja sendiri, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga menggalakkan umatnya untuk berniaga dengan cara yang betul dan bersih. Mengapakah Islam mengenakan peraturan-peraturan yang tertentu dalam lapangan perniagaan.
3.         Mengapakah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberi jaminan bahawa bekerja sendiri dan berniaga adalah pekerjaan yang paling baik.
4.         Berikan empat pengajaran yang dapat diambil dari hadis di atas.