Al-Quran


& TAFSIR I (M4) – MUSUH-MUSUH ALLAH



بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالى :
                                                                        ) سورة فصلت : 19- 21(


J TERJEMAHAN AYAT :

Allah Ta’ala berfirman:
“ Dan pada hari Qiamat, musuh-musuh Allah akan dihimpunkan dan kemudiannya dihalau masuk ke neraka. Apabila mereka tiba di sana, pendengaran, penglihatan dan kulit-kulit mereka menjadi saksi keatas diri  mereka tentang segala apa yang telah mereka lakukan. Dan mereka berkata kepada kulit-kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi keatas kami?” Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan kami pandai berkata-berkata yang memberikan kuasa berkata-kata kepada segala sesuatu, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada Nyalah kamu dikembalikan.”

J ERTI PERKATAAN :

ERTINYA
PERKATAAN
Dan pada hari itu (Qiamat) dihimpunkan
ويوم يحشر
musuh-musuh Allah
أعداء الله
Neraka
النار
Mereka dihalau
فهم يوزعون
menjadi saksi terhadap mereka
شهد عليهم
Pendengaran (telinga) mereka
سمعهم
Penglihatan (mata) mereka
وأبصرهم
Kulit-kulit badan mereka
وجلودهم
tentang apa yang telah mereka kerjakan
بما كانوا يعملون
Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami
لم شهدتم علينا
Allah yang menjadikan kami pandai berkata-berkata
أنطقنا الله
yang memberikan kuasa berkata-kata kepada segala sesuatu
الذي أنطق كل شيء
Dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama
وهو خلقكم أول مرة
Dan hanya kepada Nyalah kamu dikembalikan
وإليه ترجعون


J  MAKSUD POTONGAN AYAT :

ð  أعداء الله
Ertinya : Musuh-musuh Allah.

Huraiannya :
Orang-orang yang melanggar perintah Allah iaitu orang-orang kafir, munafik dan orang-orang fasik.

ð  يوزعون
Ertinya : Mereka dihalau dan di hambat dari belakang.

Huraiannya :
Orang-orang kafir, munafik dan orang fasik akan dihalau ke neraka untuk menerima pembalasan azab daripada Allah.

ð  شهد عليهم سمعهم وأبصرهم وجلودهم بما كانوا يعملون     
Ertinya : menjadi saksi keatas diri mereka tentang segala apa yang pernah mereka lakukan.

Huraiannya :
Ketika kiraan amal dijalankan keatas manusia pada hari akhirat kelak, maka semua anggota badan
akan menjadi saksi setiap kesalahan yang dilakukan olehnya semasa di dunia dan tidak ada satupun
yang dapat disembunyikan.

ð  قالوا أنطقنا الله الذي أنطق كل شيء
Ertinya : Maka kulit-kulit pun menjawab, kami telah diberi kuasa untuk berkata-kata oleh Allah
              yang memberikan kuasa berkata-kata kepada segala sesuatu.

Huraiannya :
Musuh-musuh Allah akan berasa tercenggang dan kebingungan kerana anggota mereka sendiri akan
menjadi saksi segala kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia. Ini sudah tentu  merupaka
satu keanehan kepada mereka kerana anggota-anggota badan boleh bercakap dengan kehendak
Allah untuk menyatakan kebenaran.

ð  وهو خلقكم أول مرة  وإليه ترجعون   
Ertinya : Dan Dialah yang menjadikan kamu pada pertama kali dahulu dan sekarang kamu kembali
              kepadaNya.

Huraiannya :
Allah yang Maha berkuasa yang menjadikan manusia kemudian dihidupkan diatas dunia ini, maka
amat mudah bagiNya untuk mengembalikan manusia ke alam akhirat untuk mendapat pembalasan daripadaNya.


PROSES YANG AKAN BERLAKU TERHADAP MANUSIA SELEPAS DIBANGKITKAN SEMULA.


v  Setelah dibangkitkan semula, manusia akan dikumpulkan di Padang Mahsyar.

v  Buku-buku rekod amalan kebaikan diserahkan dengan tangan kanan dan rekod kejahatan dengan tangan kiri.

v  Semua amalan manusia dikira dan dihisab daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya dan tidak ada yang terkecuali.

v  Segala kiraan dan perbicaraan akan disaksikan oleh segala anggota badan terhadap sesuatu yang dikerjakan manusia semasa hidup.

v  Segala amalan ditimbang di atas Al-Mizan iaitu Neraca Keadilan.

v  Mereka kemudiannya akan melalui titian Siratul Mustakim untuk menentukan mereka ke Neraka atau ke Syurga.



J PENGAJARAN AYAT :

1.  Setiap yang hidup akan mengalami kematian atau kemusnahan kecuali Allah yang kekal
     selama-lamanya.

2.   Manusia akan dihidupkan semula selepas berlakunya qiamat untuk diberi pembalasan yang
      sewajarnya.

3.   Semua anggota badan manusia akan menjadi saksi terhadap segala yang dilakukan oleh mereka
     sendiri.

4.   Orang-orang yang melanggar perintah Allah semasa di dunia tidak boleh terlepas dari azab Allah.
   
5.   Manusia hendaklah mengerjakan segala perintah Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan  
      meninggalkan segala yang dilarang supaya mendapat pahala dan balasan baik di akhirat kelak.




-nov10-

& TAFSIR II (M4) - MELAPANGKAN TEMPAT DI SUATU MAJLIS



بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالى :
  ( المجادلة :  11 )

J TERJEMAHAN AYAT :

Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu disuruh melapangkan tempat di majlis-majlis  hendaklah kamu berbuat demikian nescaya Allah melapangkan rezekinya kepada kamu. Dan jika disuruh beredar daripadanya, maka hendaklah kamu beredar. Allah meninggikan taraf orang-orang yang beriman daripada kamu dan juga orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan. Dan Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan”

J ERTI PERKATAAN :

ERTINYA
PERKATAAN
Jika dikatakan kepada kamu
إذا قيل لكم
Lapangkan tempat  di dalam majlis-majlis
تفسحوا فى المجلس
Hendaklah kamu lapangkan
فافسحوا
Nescaya Allah melapangkan kehidupan kamu
يفسح الله لكم
Dan apabila dikatakan kepada kamu beredarlah
وإذا قيل انشزوا
Maka hendaklah kamu beredar
فانشزوا
Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman daripada kamu
يرفع الله الذين ءامنوا
Dan orang-orang yang beriman
والذين أوتوا
ilmu pengetahuan beberapa darjat
العلم درجت
Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan
والله بما تعملون خبير


J MAKSUD POTONGAN AYAT :

ð   يفسح الله لكم إذا قيل لكم تفسحوا فى المجلس فافسحوا   
Ertinya : Jika dikatakan kepada kamu lapangkan tempat-tempat kosong di majlis-majlis, hendaklah
              kamu berbuat demikian, nescaya Allah melapangkan rezekinya kepada kamu.  

Huraiannya :
Di dalam sesuatu majlis keramaian seperti majlis ilmu dan sebagainya, apabila pihak tertentu menyuruh kita melapangkan tempat duduk untuk tetamu yang baru datang, maka kita hendaklah melapangkan kepada mereka. Ini supaya mereka juga dapat menikmati faedah dari majlis tersebut dan mudah-mudahan Allah akan melapangkan kehidupan kita.

ð   وإذا قيل انشزوا فانشزوا            
Ertinya : Dan jika disuruh beredar daripadanya maka hendaklah kamu beredar.

Huraiannya :
Jika kita berada didalam sesuatu majlis dan apabila kita diminta oleh pengerusi majlis atau pihak yang berkenaan supaya bersurai atau keluar dari majlis tersebut, maka hendaklah kita patuhi. Umat Islam dikehendaki mematuhi arahan ketua kerana perbuatan ini merupakan satu daripada peradaban Islam.

ð يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت  
Ertinya : Allah meninggikan taraf orang-orang yang beriman daripada kamu dan juga orang-orang  
              yang diberikan ilmu pengetahuan.

Huraiannya :
Orang-orang yang sentiasa mengikut perintah Allah dan RasulNya adalah merupakan orang-orang  beriman.  Allah berjanji akan memberi beberapa kelebihan yang tinggi kepada mereka yang berilmu pengetahuan di dunia dan akhirat nanti.

ð والله بما تعملون خبير 
Ertinya : Dan Allah amat mengetahui segala yang kamu lakukan.

Huraiannya :
Setiap perbuatan yang manusia lakukan di dunia sama ada yang baik atau jahat, sama ada yang zahir atau batin, Allah tetap mengetahuinya kerana Allah maha mengetahui. Oleh itu sebagai seorang manusia, kita hendaklah mematuhi perintah Allah.

Perintah yang terdapat dalam ayat ( panduan menghadiri sesuatu majlis ):

  1. Orang mukmin hendaklah melapangkan tempat duduk di dalam sesuatu majlis apabila di minta oleh pihak yang berkenaan.
  2. Orang mukmin juga dikehendaki beredar atau bersurai dari sesuatu majlis apabila diminta oleh pihak berkenaan.

Janji-janji Allah kepada orang yang beriman :

  1. Allah akan memberi kelapangan dalam kehidupan orang yang memberi kelapangan kepada orang lain di dalam sesuatu majlis.
  2. Allah akan mengurniakan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang beriman dan yang berilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat.



J PENGAJARAN AYAT

1.  Agama Islam menyuruh kita supaya bertimbang rasa dan saling tolong menolong di antara satu
     sama lain untuk mendapatkan tempat-tempat kosong dalam majlis-majlis kebajikan dan
     keagamaan.

2.  Sesiapa yang baik hati melapangkan tempat untuk saudaranya supaya dapat bersama-sama
     mengambil bahagian atau berpeluang mendengar syarahan-syarahan agama, maka Allah akan
     melapangkan hidupnya dan meluaskan rezeki dan nikmatnya.

3.  Kita janganlah bersifat tamak atau bakhil dengan tujuan kita sahaja yang mendapat faedah dan
     ilmu pengetahuan dengan tidak memberi peluang mendapatkan tempat kepada orang-orang lain
     di majlis-majlis pelajaran dan ilmu pengetahuan.

4.  Orang-orang Islam di zaman Rasulullah berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat-tempat
     kosong dalam majlis-majlis muzakarah dan kebajikan. Masyarakat Islam zaman sekarang pula
     lebih suka berebut-rebut menghadiri majlis keramaian bersuka ria dalam membuat maksiat
     dengan membiarkan majlis agama dan majlis-majlis ibadat itu kosong dan lengang begitu sahaja.

5.  Allah Ta’ala memuliakan taraf orang-orang yang beriman dan orang-orang yang bijak pandai dan
     alim ulama di akhirat kelak.










 

-nov10-

& TAFSIR III (M4)   -KEKUASAAN ALLAH DI MUKA BUMI




بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالى :
  ( سورة الأنعام :  141)

J TERJEMAHAN AYAT :

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan Dialah Tuhan yang membina dusun-dusun yang rendang dan yang tidak rendang dan kebun-kebun kurma dan tanam-tanaman yang berlainan rasanya, begitu juga pokok-pokok zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa, maka makanlah kamu daripada buah-buahannya itu apabila berbuah, kemudian keluarkanlah zakatnya semasa musim menuai dan janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya Allah tidak sukakan orang-orang yang membazir.”


J ERTI PERKATAAN.

ERTINYA
PERKATAAN
Dan Dialah Tuhan yang membina dusun-dusun yang rendang
وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ
Dan kebun-kebun kurma dan tanam-tanaman yang berlainan rasanya
وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ
Dan juga pokok-pokok zaitun dan delima yang serupa jenisnya dan yang tidak serupa
وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ
Hendaklah kamu makan daripada buah-buahannya itu apabila berbuah
كُلُواْ مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَر
Dan berikanlah haknya (zakat) semasa musim menuai
وَآتُواْ حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ
Dan janganlah kamu membazir dan membuang-buang
وَلاَ تُسْرِفُواْ
Sesungguhnya Allah tidak sukakan orang-orang yang membazir
إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ



J TUJUAN ALLAH MENCIPTA ALAM

Allah Ta’ala menjadikan alam ini dan segala isi kandungannya adalah semata-mata untuk faedah dan kepentingan umat manusia seluruhnya. Tidak ada sesuatu kejadian atau makhluk yang dijadikan oleh Allah itu sia-sia atau tidak berguna. Semua alam cakerawala seperti matahari, bulan, bintang dan planet-planet serta isi alam ini seperti sungai, bukit, gunung, tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang adalah untuk kepentingan hidup manusia di muka bumi ini.

J MAKSUD POTONGAN AYAT.

ð وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ
Ertinya : Dan Dialah Tuhan yang membina dusun-dusun yang rendang.

Huraiannya :
Ayat ini menerangkan bahawa Allah adalah pencipta yang membina kebun-kebun, buah-buahan dan pokok-pokok yang rendang yang lebat daunnya dan juga jenis pokok yang tidak lebat daunnya dengan kuasa dan kebijaksanaanNya.

ð  وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ 
Ertinya : Dan kebun-kebun kurma dan tanam-tanaman yang berlainan rasanya.


Huraiannya :
Allah juga menerangkan mengenai nikmat pemberianNya yang terdiri dari berbagai-bagai jenis kejadiannya. Allah menjadikan buah-buahan dengan berbagai rupa, rasa, warna, bentuk dan isi. Begitulah kekuasaan Allah yang menjadikan tanam-tanaman, pokok-pokok dan buah-buahan yang bermacam jenis mengikut keadaan tempat, iklim dan musim yang berlainan.

ðكُلُواْ مِن ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَر
Ertinya: “Maka makanlah kamu daripada buah-buahannya itu apabila berbuah”.

Huraiannya :
Allah Ta’ala membenarkan manusia memakan dan merasa segala jenis buah-buahan yang pelbagai bentuk dan rasanya apabila sudah masak buah-buahan tersebut. Semuanya merupakan nikmat Allah terhadap makhluknya. Manusia bebas memilih sesuatu yang disukainya kerana setiap kejadian Allah mempunyai manafaatnya yang tertentu.

ð وَآتُواْ حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِه
Ertinya : Dan berikanlah haknya (zakat) semasa musim menuai.

Huraiannya :
Allah mengingatkan kepada kita supaya tidak lupa mengeluarkan sebahagian daripadanya sebagai zakat untuk dibahagikan kepada orang-orang yang layak menerimanya. Ayat ini juga menjadi dalil bahawa zakat tanam-tanaman dan biji-bijian itu tidak disyaratkan menunggu haul selama setahun. Asalkan cukup nisabnya, maka wajiblah mengeluarkan zakat.

ð وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Ertinya : Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak sukakan orang-orang yang
             membazir.

Huraiannya :
Allah Ta’ala melarang kita dari bersifat boros atau membazir dalam menggunakan atau memakan buah-buahan kerana perbuatan itu adalah saudara syaitan.

J PENGAJARAN AYAT

1. Allah Ta’ala menjadikan segala alam dan isi kandungannya semata-mata untuk faedah dan
    kepentingan manusia seluruhnya.

2. Di antara nikmat pemberian Allah ialah buah-buahan yang dijadikan dalam bermacam-macam
     jenis, rupa, bentuk, warna, rasa dan isi. Semuanya ini menandakan kekuasaan dan
     kebijaksanaanNya.

3. Kita hendaklah mengeluarkan zakat tanam-tanaman dan buah-buahan pada musimnya (menuai)
    untuk diberikan kepada orang-orang yang layak dan mustahak menerimanya iaitu sebagai bukti
    kesyukuran kita terhadap nikmat pemberianNya..

4. Untuk mengeluarkan zakat buah-buahan dan biji-bijian itu tidak disyaratkan menunggu haul
    peredaran masa setahun. Hanya memadai cukup nisab sahaja.

5. Janganlah boros atau membazir dalam menggunakan nikmat pemberian Allah kerana orang-orang
     yang membazir itu termasuk dalam golongan pengikut-pengikut syaitan yang tidak mengenang
     jasa.












-nov10-


& TAFSIR IV (M4)   -MENGHALALKAN JUALBELI DAN MENGHARAMKAN RIBA



بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالى :
                                             ( سورة البقرة  : 275)

J TERJEMAHAN AYAT:

Allah Ta’ala berfirman:
“Orang-orang yang makan riba tidak akan bangun dari kuburnya kecuali seperti keadaan orang-orang yang dihoyong hayangkan oleh syaitan dengan sebab mabuk itu adalah oleh kerana mereka berkata : sesungguhnya jualbeli itu seperti riba tetapi Allah mengharuskan jualbeli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang diberi petunjuk daripada Tuhannya, hendaklah ia berhenti (dari makan riba) dan baginya apa-apa yang telah berlalu serta halnya itu terserahlah kepada Allah, akan tetapi barangsiapa yang balik semula (makan riba) maka mereka itu adalah menjadi ahli api neraka kekal abadi buat selama-lamanya didalamnya.”

J ERTI PERKATAAN.

ERTINYA
PERKATAAN
Orang-orang yang makan riba
الذين يأكلون الربوا
Mereka tidak bangun daripada kubur-kubur mereka
لايقومون
Melainkan seperti hal keadaan orang-orang yang
الا كما يقوم الذى
Dihuyung hayangkan oleh syaitan dengan sebab mabuk
يتخبطه الشيطن من المس
Itulah disebabkan mereka berkata
ذلك بانهم قالوا
Sesungguhnya jualbeli itu adalah seperti riba
انما البيع مثل الربوا
Allah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba
واحل الله البيع وحرم الربوا
Barangsiapa yang tiba kepadanya petunjuk dan nasihat dari tuhannya
فمن جاءه ,موعظة  من رب
Hendaklah ia berhenti ( dari makan riba )
فانتهى
Dan baginya perkara-perkara yang telah lalu
فله ما سلف
Dan halnya itu terserahlah kepada Alllah (untuk mengampunkan dosanya)
وأمره الى الله
Dan barangsiapa kembali semula
ومن عاد
Maka mereka itu adalah ahli-ahli api neraka
فأولئك أصحب النار
Mereka akan kekal di dalamnya buat selama-lamanya
هم فيها خلدون



J KETERANGAN MAKSUD AYAT.

ð  الذين يأكلون الربوا لايقومون الا كما يقوم الذى يتخبطه الشيطن                                                                                              
Ertinya : Orang-orang yang memakan riba tidak mereka itu bangkit ( dari kubur ) melainkan seperti
              orang yang dirasuk syaitan.



Hurainnya :
Orang-orang yang memakan riba semasa hayatnya akan dibangkitkan di alam akhirat kelak dalam keadaan yang tidak sedar seperti orang mabuk atau kehilangan fikiran. Ini adalah kerana semasa di dunia, mereka mengikut kehendak syaitan yang bersifat tamak dan sanggup menindas golongan susah dengan mengenakan riba terhadap setiap pinjaman.

ð واحل الله البيع وحرم الربوا     
Ertinya : Sedangkan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.   

Huraiannya :
Allah memang menghalalkan jual beli. Jual beli merupakan aktiviti pertukaran barangan dan aktiviti ini dapat melahirkan sifat toong menolong diantara satu sama lain. Allah mengharamkan riba kerana riba merupakan suatu penindasan terhadap orang-orang miskin dan susah.
                                                                              
ð  فمن جاءه ,موعظة  من ربه فانتهى فله ما سلف وأمره الى الله                                                                                                              
Ertinya : Maka sesiapa yang menerima petunjuk daripada Tuhannya (Allah) lalu ia berhenti daripada
              melakukannya maka baginya apa yang telah lalu dan halnya terserah kepada Allah.

Huraiannya :
Orang-orang yang memakan riba tetapi kemudiannya berhenti daripada melakukannya setelah dia mengetahui bahawa perbuatan itu adalah haram disisi Allah, maka segala perakara riba yang telah dilkukannya terserahlah kepada Allah untuk menentukan balasannya di akhirat kelak.

ð  ومن عاد فأولئك أصحب النار، هم فيها خلدون                                                                                                              
Ertinya : Dan sesiapa yang kembali memakan riba maka mereka itu adalah ahli neraka dan mereka
              kekal di dalamnya selama-lamanya.

Huraiannya :
Orang yang masih melakukan amalan riba sedangkan dia tahu bahawa hukumnya haram, maka Allah akan mengenakan hukuman azab yang pedih ke dalam neraka selama-lamanya.


JENIS-JENIS RIBA

1.   Riba Al Fadhli ( رباالفضل )
- Menukarkan dua barang yang sama jenisnya tetapi tidak sama sukatannya atau timbangannya
  atau ukurannya. Contoh : menukar dua gantang beras dengan tiga gantang beras.

2. Riba Al Qardhi ( ربا القرض )
    - Meminjamkan sesuatu dengan syarat ada keuntungan bagi orang yang memberi pinjam itu.
      Contoh : Meminjamkan wang $100.00 dan hendaklah dibayar balik sebanyak $110.00

3. Riba Al Yadi ( ربا اليد )
    - Sesuatu akad jualbeli yang tidak dilakukan penyerahan barang yang dijual dan harganya
      ditempat berakad itu, bahkan penjual dan pembeli bercerai dari tempat akad sebelum berlaku
      penyerahan tersebut.

      Contoh : Ahmad menjual 2 gantang beras kepada Ali dengan harga 3 gantang gandum,
      sesudah mereka berakad jual  beli itu maka mereka pun berpisah dari tempat berakad itu
      sebelum Ahmad menyerahkan beras kepada Ali dan sebelum Ali menyerahkan gandum kepada
      Ahmad.

HIKMAT ALLAH MENGHARAMKAN RIBA.

  1. Merupakan penindasan dan pemerasan golongan yang kaya terhadap golongan yang miskin dan lemah.
  2. Menanamkan sifat iri hati golongan miskin terhadap orang kaya yang akhirnya mewujudkan permusuhan dalam masyarakat.
  3. Melahirkan golongan manusia yang tamak dan haloba serta mementingkan diri dan hilang perasaan tolong menolong dan perasaan belas kasihan.






J PENGAJARAN AYAT

1.  Amalan memakan riba merupakan amalan yang dikeji oleh Allah.
2.  Amalan berjual beli atau menjalankan perniagaan yang halal merupakan pekerjaan yang
     digalakkan dalam Islam.
3.  Orang-orang yang makan riba dijanjikan dengan azab neraka yang pedih buat selama-lamnya.
4.  Umat Islam diwajibkan patuh terhadap segala hukum yang diturunkan oleh Allah dan jangan sekali
     kali melanggar hukum tersebut.
5.  Agama Islam memandang penting peraturan jual beli yang menjadi punca kehidupan di atas bumi     Ini.
























& TAFSIR V - LARANGAN MEMINUM ARAK



بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالى :
يأيها الذين ءأمنو انما الخمر والميسر والأنصاب والأزلم رجس من عمل الشيطن فاجتنبوه لعلكم تفلحون (90) أنما يريد الشيطن أن يوقع بينكم العدوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصد كم عن ذكر الله وعن الصلوة فهل أنتم منتهون (91)                                                                                                                                                                                   ( سورة المائدة : 90 – 91) 

J TERJEMAHAN AYAT:

Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, patong-patong berhala dan kayu tilik nasib itu adalah keji daripada perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya semuga kamu beroleh kejayaan.Sesungguhnya syaitan itu suka memasukkan perasaan permusuhan dan pembencian diantara kamu dengan sebab minum arak, main judi dan juga menegah kamu daripada mengingati Allah serta mengerjakan sembahyang. Maka adakah kamu menerima larangan ini ?.”


J ERTI PERKATAAN.

ERTINYA
PERKATAAN
Arak
الخمر
Judi
الميسر
Patong-patong berhala
الأنصاب
Bertenung nasib
الأزلم
Keji atau kotor
رجس
Maka hendaklah kamu menjauhi
فاجتنبوه
Kamu beroleh kejayaan
تفلحون
Permusuhan
العدوة
Kebencian
البغضاء
Menegah kamu
يصد كم
Menerima larangan
منتهون



J MAKSUD POTONGAN AYAT.


ð  انما الخمر والميسر والأنصاب والأزلم رجس من عمل الشيطن                                                                                               
Ertinya Sesungguhnya arak, judi, patong-patong berhala dan kayu tilik nasib itu adalah keji daripada perbuatan syaitan.

Huraiannya :
Arak ialah minuman yang mneghilangkan kewarasan berfikir. Judi merupakan pertaruhan yang mengharapkan keuntungan. Berhala pula ialah benda yang disembah selain Allah. Manakala bertenung nasib merupakan cara ramalan yang bertentangan dengan syariat Islam. Kesemuanya ini merupakan pekerjaan yang mendatangkan keburukan yang amat di sukai oleh syaitan kerana dapat merosakkan akidah umat Islam.


ð فاجتنبوه لعلكم تفلحون    
Ertinya : Maka hendaklah kamu menjauhinya semuga kamu beroleh kejayaan .
Huraiannya :
Umat Islam hendaklah menjauhkan diri atau mengelak dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Umat Islam dapat mencapai kejayaan di dunia sekiranya dapat mengelak segala perkara yang memberi kesan buruk kepadanya dan juga mendapat kejayaan diakhirat kerana mendapat kurniaan nikmat daripada Allah.       
                                                                                          
ð  أنما يريد الشيطن أن يوقع بينكم العدوة فى الخمر والميسر  والبغضاء فى الخمر والميسر                                                                                                            
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan itu suka memasukkan perasaan permusuhan dan perbencian diantara
               kamu dengan sebab minum arak dan main judi”

Huraiannya :
Arak boleh menghilangkan kewarasan berfikir yang menyebabkan peminumnya akan bertindak mengikut sesuka hati. Ini menimbulkan permusuhan dalam masyarakat. Dan judi pula menjadikan manusia berdendam dan ini mengakibatkan mereka menjadi papa. Kedua-dua perkara ini amat disenangi oleh syaitan kerana dapat memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

ð ويصد كم عن ذكر الله وعن الصلوة                                                                                                             
Ertinya : Dan juga menegah kamu daripada mengingati Allah serta mengerjakn sembahyang.

Huraianya :
Antara perkara yang diingini oleh syaitan dan iblis adalah menghasut anak Adam daripada melakukan ibadat kepada Allah. Ini kerana apabila manusia terlibat dengan arak dan judi, sudah tentu mereka akan lalai daripada mengingati Allah dan mereka akan meninggalkan kewajipan solat lima waktu.

ð فهل أنتم منتهون                                                                                              
Ertinya : Maka adakah kamu menerima larangan ini ?




Huraiannya :
Umat Islam yang masih melakukan amalan meminum arak dan berjudi hendaklah segera berhenti dan bertaubat nasuha. Sekiranya diteruskan amalan yang tidak diredhai  Allah, maka Allah sediakan azab yang pedih untuk mereka.


J PENGAJARAN AYAT

  1. Islam ialah agama yang menjaga kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat.

  1. Arak, judi menyembah berhala dan bertilik nasib merupakan perkara yang keji yang boleh merosakkan masyarakat.

  1. Manusia dikehendaki sentiasa mengingati Allah dan tidak meninggalkan sembhayang kerana   
         amalan itu boleh menjauhkan kita daripada melakukan perkara keji.

  1. Syaitan ialah musuh Allah yang sentiasa mencari jalan supaya manusia berada dalam keadaan     
     bermusuhan sesama sendiri.

  1. Perkara-perkara kejahatan itu disifatkan oleh Allah Taala sebagi keji dan najis yang dilakukan
oleh syaitan dan kuncu-kuncunya.