K.B.U.

KERAJAAN BANI UMAIYAH (40-132 HIJRAH/661-750 MASEHI)


PENGENALAN AWAL BERMULA TERTUBUHNYA KERAJAAN BANI UMAIYAH

Penyerahan kuasa daripada Sayyidina Hassan bin Ali kepada Muawiah adalah antara sebab atau faktor bermulanya zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.

Setelah terbunuhnya Sayyidina Ali, orang-orang Syiah telah melantik Sayyidina Hassan sebagai khalifah, tetapi kerana beliau inginkan perdamaian, beliau telah menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiah dengan syarat-syarat berikut, iaitu

1. Menjamin keselamatan keluarga Ali dan penyokongnya.
2. Jawatan Khalifah hendaklah diserahkan kepada umat Islam untuk memilih sebaik saja selepas kewafatannya (Muawiyah).


SENARAI KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI UMAIYAH

NAMA KHALIFAH TAHUN HIJRAH TAHUN MASEHI
1. MUAWIAH BIN ABI SUFIAN ( MUAWIAH I )
40-60 661-680
2. YAZID BIN MUAWIAH ( YAZID I ) 60-64 680-683
3. MUAWIAH BIN YAZID ( MUAWIAH II ) 64 683
4. MARWAN BIN HAKKAM (MARWAN 1) 64-65 683-685
5. ABDUL MALIK BIN MARWAN 65-86 685-705
6. AL-WALID BIN ABDUL MALIK ( AL-WALID ) 86-96 705-715
7. SULAIMAN BIN ABDUL MALIK 96-99 715-717
8. OMAR BIN ABDUL AZIZ 99-101 717-720
9. YAZID BIN ABDUL MALIK ( YAZID II ) 101-105 720-724
10. HISHAM BIN ABDUL MALIK 105-125 724-743
11. AL-WALID BIN YAZID ( AL-WALID II ) 125-126 743-744
12. YAZID BIN AL-WALID ( YAZID III ) 126 744
13. IBRAHIM BIN AL-WALID 126-127 744
14. MARWAN BIN MUHAMMAD ( MARWAN II ) 127-132 744-750


















KERAJAAN BANI UMAIYAH ( 40 – 132 H / 661 – 750 )

PENGENALAN

1. Kerajaan ini mengambil nama Umaiyah bin Abi Manaf iaitu datuk kepada Muawiyah bin Abi Sufian, khalifah pertama kerajaan ini.

2. Umaiyah adalah saudara sepupu kepada Abdul Mutalib bin Hasyim datuk Nabi Muhammad Sallallahhu ‘alaihi wassalam

3. Kerajaan Umaiyah memerintah selama lebih 90 tahun dengan 14 orang khlifah yang terbahagi kepada tiga peringkat.

a. Peringkat permulaan : Dari Muawiyah hingga Abdul Malik bin Marwan.
b. Peringkat keagungan : Dari Al-Walid hingga Yazid bin Abdul Malik.
c. Peringkat kemunduran : Dari Hisyam hingga Marwan bin Muhammad.


RAJAH KETURUNAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DAN BANI HASYIM

ABDUL MANAF



HASYIM ABDUL SYAMS


ABDUL MUTALIB UMAIYAH




ABDUL TALIB ABDULLAH HARB ABDUL AL-AS


NABI MUHAMMAD ABU SUFIAN


ALI ( + ) FATIMAH (1) MUAWIYAH HAKAM AFFAN


HASSAN HUSSAIN (2) YAZID (4) MARWAN OTHMAN


(3) MUAWIYAH





(5) ABDUL MALIK ABDUL AZIZ MUHAMMAD


(8) OMAR (14) MARWAN




(6) AL-WALID (7) SULAIMAN (10) HISYAM (9) YAZID



(12) YAZID (13) IBRAHIM (11) AL-WALID
PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Dasaskan pertama kali oleh Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah.


PUSAT PEMERINTAHAN
Di Damsyik dalam negeri Syam ( Syria )


LAMA PEMERINTAHAN
Lamanya lebih kurang 90 tahun.


SEBAB-SEBAB / FAKTOR-FAKTOR TERBENTUKNYA KERAJAAN BANI UMAIYAH

1. Berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Othman bin Affan.
2. Keengganan Khalifah Ali bin Abi Talib mempercepatkan penyiasatan terhadap kes pembunuhan Khalifah Othman bin Affan sehingga tercetusnya perang Siffin.
3. Sayyidina Ali telah melucutkan jawatan Muawiyah sebagai gabenor di Syam.
4. Majlis Tahkim dan peperangan Siffin.
5. Penyerahan kuasa daripada Sayyidina Hassan bin Ali kepada Muawiyah.


PERISTIWA PEMBUNUHAN SAYYIDINA OTHMAN

Tragedi pembunuhan Khalifah Othman bin Affan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan puak keturunan Bani Umaiyah. Salah seorang daripadanya ialah Muawiyah bin Abi Sufian, yang mendesak Sayyidina Ali bin Abi Talib untuk mencari dan menangkap pembunuh Sayyidina Othman, tetapi Sayyidina Ali lebih mengutamakan untuk mententeramkan keadan negara yang huru hara terlebih dahulu. Hal ini telah menyebabkan Muawiyah menuduh Sayyidina Ali bersubahat dengan pemberontak kerana dengan senghaja melambat-lambatkan kes pembunuhan Khalifah Othman serta menuduh Sayyidina Ali ikut sama bertanggungjawab atas pembunuhan serta kematian Sayyidina Othman.


PEPERANGAN SIFFIN

Penentangan yang dilakukan oleh Muawiyah telah menyebabkan Khalifah Ali melucutkan jawatan Muawiyah sebagai gabenor di Syam. Akibatnya terjadilah peperangan di antara tentera Sayyidina Ali dengan tentera Muawiyah di lembah Siffin, yang disebut sebagai peperangan Siffin pada tahun 657 masehi bersamaan tahun 37 hijarah.

Dalam peperangan itu, ketika Muawiyah berasa tenteranya hampir kalah, dia pun melakukan helah, iaitu dengan menjunjung Al-Quran di hujung pedang untuk tujuan memberhentikan peperangan. Akhirnya pertempuran diberhentikan dan kedua-dua pihak setuju mengadakan perundingan damai bagi menyelesaikan perbalahan.

Persetujuan Ali menerima rundingan tersebut menyebabkan tentera Ali berpecah kepada dua golongan, iaitu golongan yang bersetuju dengan cadangan Muawiyah, dan golongan yang kedua ialah golongan yang menentangnya. Golongan yang kedua ini keluar dari kumpulan Sayyidina Ali dan membentuk satu kumpulan baru dinamakan Khawarij.


MAJLIS TAHKIM

Rundingan damai di antara kedua pihak dinamakan majlis Tahkim. Sayyidina Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Ashari dan Muawiyah diwakili oleh Amru Ibn Al-As. Dengan kebijaksanaan dan tipu muslihat Amru, Sayyidina Ali dilucutkan dan sebaliknya Muawiyah diisytiharkan sebagai khalifah baru. Orang-orang Kufah membantah keputusan itu dan tetap menyokong Ali. Ini menjadikan terdapatnya dua khalifah dalam satu masa pemerintahan.

Puak Khawarij ( yang menentang Majlis Tahkim ) telah membuat keputusan untuk membunuh semua pihak yang terlibat. Akhirnya Abdul Rahman bin Maljam berjaya membunuh Sayyidina Ali.

PENYERAHAN KUASA DARIPADA SAYYIDINA HASSAN BIN ALI KEPADA MUAWIYAH

Penyerahan kuasa ini berlaku pada tahun 40 hijrah, tahun penyerahan ini dinamakan Umul Jamaah.

Setelah terbunuhnya Sayyidina Ali, orang-orang Syiah telah melantik Sayyidina Hassan sebagai khalifah, tetapi kerana inginkan perdamaian, beliau telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dengan syarat;
1. Menjamin keselamatan keluarga Ali dan peyokongnya.
2. Jawatan khalifah hendaklah diserahkan kepada umat Islam memilih selepas kewafatannya.

Adapun antara kesan penyerahan kuasa oleh Sayyidina Hassan bin Ali kepada Muawiyah ialah telah membangkitkan kemarahan golongan Syiah yang selama ini berpendapat bahawa hak menjadi khalifah adalah hak Ali dan keturunannya.


PUAK YANG MUNCUL SETELAH PERISTIWA PERANG SIFFIN

KHAWARIJ

Puak Khawarij berasal daripada penyokong-penyokong Ali dalam peperangan Siffin. Tetapi akhirnya bangkit menentang Ali kerana tidak bersetuju Ali menerima rundingan damai dengan Muawiyah. Golongan ini akhirnya berjaya membunuh Ali.

SYIAH

Puak Syiah adalah golongan yang berpandapat bahawa hak khalifah hanyalah hak keluarga Ali dan keturunannya. Mereka ini adalah pengikut setia Ali dan yang bersetuju membuat perdamaian dengan Muawiyah bin Abi Sufian semasa peperangan Siffin.

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Golongan ini adalah golongan pertengahan yang tidak menyokong mana-mana pihak sama ada pihak Sayyidina Ali mahupun Muawiyah.






























KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI UMAIYAH


1. KHALIFAH MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN (MUAWIYAH I)
(40-60 HIJRAH BERSAMAAN 660-680 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah bin Abd Syams bin Abd Manaf. Pada Abd Manaf inilah bertemulah keturunannya dengan keturunan Nabi Muhammad.
2. Ia dilahirkan pada 15 tahun sebelum hijarh.
3. Memeluk agama Islam ketika penaklukan Makkah pada ketika umurnya 23 tahun.
4. Setelah Islam, ia menjadi jurutulis wahyu bagi Nabi Muhammad.
5. Ketika Al-quran dikumpulkan dalam zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, ia sekali lagi ditugaskan menjadi jurutulis.
6. Dalam zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, ia pernah ditugaskan memimpin tentera Islam memerangi Rome di negeri Syam untuk membantu saudaranya Yazid bin Abi Sufian.
7. Dalam zaman pemerintahan Khalifah Omar bin Al-Khattab, ia telah dilantik menjadi gabenor di Damsyik menggantikan saudaranya yang meninggal dunia akibat taon.
8. Dalam zaman pemerintahan Khalifah Othman bin Affan sebagai pemerintah di seluruh Syam.
9. Menjadi khalifah pada tahun 40 hijrah bersamaan 660 masehi, ketika berumur 55 tahun.
10. Beliau wafat pada tahun 60 hijrah bersamaan 680 masehi dalam bulan Rejab ketika berumur 75 tahun.
11. Lama memerintah ialah lebih kurang 20 tahun.


PERIBADINYA

Seorang yang berani dan cekal hati, seorang yang tinggi cita-cita dan tabah hati dalam menghadapi sesuatu kerja. Bijak dalam mentadbir negara dan pemerintahan serta seorang yang luas pengalaman dalam bidang politik, bijak berbicara dan berhujah.


CARA PERLANTIKANNYA

Perlantikannya bukanlah secara persetujuan umat Islam dan hanyalah atas persetujuan penduduk-penduduk Syam sahaja dan penduduk Iraq bersetuju setelah penyerahan kuasa yang dilakukan oleh Hassan bin Ali dengan syarat apabila Muawiyah wafat nanti jawatan Khalifah itu hendaklah diserahkan kepada seluruh umat Islam untuk menentukannya.


SIKAP MUAWIYAH TERHADAP GOLONGAN KHAWARIJ

Muawiyah memandang golongan Khawarij ini merbahaya daripada golongan yang lain (golongan Syiah dan Ahli Sunnah) kerana mereka sanggup menghalalkan darah Muawiyah untuk dibunuh. Oleh kerana itulah Muawiyah memerangi golongan ini dengan habis-habisan sehingga menjadi lemah.


JASA-JASA KHALIFAH MUAWIYAH

1. Mengadakan perkhidmatan pos secara lebih luas dan teratur di merata wilayah Islam. Daerah-daerah yang terpencil dapat dihubungi dengan cara yang lebih segera.
2. Mengadakan jabatan perang yang mengelolakan pertahanan negara (askar).
3. Mengadakan cap mohor kerajaan (jabatan setia usaha sekarang)
4. Mengadakan bendera rasmi kerajaan berwarna hitam.
5. Pertama kali mengadakan istana tempat tinggal khalifah beserta pengawal.
6. Mengadakan tepat sembahyang khas yang dikawal rapi oleh tentera dengan pedang terhunus.



2. KHALIFAH YAZID BIN MAWIYAH (YAZID I)
(60–64 HIJRAH BERSAMAAN 680-683 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Nama penuhnya ialah Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian
2. Dilahirkan pada tahun 26 hijrah di Syam semasa ayahnya menjadi gabenor.
3. Dibesarkan di dalam istana yang serba mewah.
4. Ibunya bernama Mai Sun yang berasal dari keturunan Badwi.
5. Dilantik menjadi khalifah pada tahun 60 hijrah
6. Menjadi khalifah etika berusia 34 tahun, atas wasiat bapanya sendiri.
7. Dia dididik oleh bapanya dengan semangat kepimpinan dari semenjak kecil lagi dan pernah ditugaskan bapanya memimpin jemaah haji ke Makkah dan juga memimpin tentera Islam yang pertama menyerang Constantinople dalam tahun 48 hijrah semasa berumur 22 tahun.
8. Wafat di Huran di negeri Syam pada tahun 64 hijrah bersamaan dengan 638 masehi ketika berusia 39 tahun
9. Lama memerintah ialah lebih kurang 4 tahun.


PERIBADINYA

Bersifat keperwiraan dan cekal hati, mempunyai tingkah laku yang kasar, pandai bersyair, petah bercakap, suka berpoya-poya dengan perempuan-perempuan cantik dan gemar berburu.


CARA PERLANTIKANNYA

Yazid dilantik oleh bapana sendiri sebelum wafat atas cadangan Al-Mughirah bin Shu’bah dengan memerintahkan perwakilan-perwakilan negara Islam datang membai’atkannya di Damsyik. Sebelum bapanya wafat, beliau dilantik terlebih dahulu sebagai putera mahkota selama 4 tahun.


SEBAB PERLANTIKAN YAZID BIN MUAWIYAH SEBAGAI KHALIFAH MENDAPAT TENTANGAN DARI BEBERAPA GOLONGAN TERKEMUKA

Ada beberapa sebab, antaranya ialah
1. Cara perlantikan itu terkeluar dari dasar demokrasi dalam perlantikan Islam dan jawatan khalifah akan diwarisi oleh satu keturunan sahaja.
2. Cara ini menyebabkan terdapatnya orang-orang yang tidak berkelayakan menjadi khalifah.
3. Tingkah laku Yazid yang terkeluar daripada keperibadian Islam seperti gemarkan perempuan cantik dan peminum.
4. Sikap Muawiyah yang telah memungkiri persetujuan yang dibuat dengan Hassan bin Ali sewaktu berlakunya penyerahan kuasa dahulu.


PERISTIWA PENTING KETIKA PEMERINTAH YAZID BIN MUAWIYAH

PEPERANGAN DI KARBALA (10 MUHARAM TAHUN 61 HIJRAH BERSAMAAN 683 MASEHI)

Peristiwa ini berlaku pada 10 Murahham, tahun 61 hijrah bersamaan 638 masehi, semasa pemerintahan Yazid bin Muawiyah di suatu tempat yang bernama Karbala. Ketika itu, Sayyidina Hussain bin Ali dan rombongannya seramai 80 orang yang telah dijemput datang ke Iraq oleh orang-orang Syiah untuk perlantikannya sebagai khalifah. Dalam perjalanan, mereka telah dikepung oleh tentera Yazid yang dipimpin oleh Abdullah bin Zaid. Dalam pertempuran itu, Sayyidina Hussain telah dibunuh oleh tentera Yazid dan kepala Hussain dipancung lalu disembahkan kepada Yazid. Kepala Hussain kemudiannya digantung di sisi Ka’abah. Berikutan dengan peristiwa itu, Yazid berasa sedih dan timbul rasa perasaan belas kasihan yang kemudiannya beliau pun membebaskan keluarga Hussain yang telah ditawan. Kesan dari peristiwa ini, maka terjadilah pemberontakan di Hijaz dan pencerobohan Ka’abah.




PEMBERONTAKAN DI HIJAZ (dikenal juga sebagai Peperangan Harrah)

Gabenor Muawyah di Madinah telah diusir keluar dan orang-orang Muawiyah telah ditangkap oleh para pemberontak. Untuk menghapuskan pemberontakan ini, Yazid telah menghantar satu angkatan tentera seramai 12,000 orang yang diketuai oleh Muslim bin Hu’bah dan kota Madinah berjaya ditawan pada tahun 63 hijrah. Pemberontakan ini dikenal sebagai peperangan Harrah dan kota Madinah dihalalkan oleh Muslim bin Hu’bah kepada askar-askarnya membuat sesuka hati selama tiga hari tiga malam. Perbuatan ini telah dikecam hebat oleh sebahagian besar umat Islam kerana mencabuli kesucian kota Madinah.


PEMBERONTAKAN DI MAKKAH

Pemberontakan di Makkah ini muncul setelah berlakunya pemberontakan di Madinah. Dipimpin oleh Abdullah bin Zubair yang mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah, menentang pemerintahan Yazid. Yazid menghantar Muslim bin Aqabah bagi menentangnya. Dalam perjalanan, Muslim telah meninggal dunia dan diganti oleh penglima Hussein bin Numair. Berlakulah pertempuran hebat antara kedua pihak sehingga menyebabkan sebahagian dinding Ka’abah roboh akibat lontoran menjanik yang digunakan oleh Panglima Hussein.












































3. KHALIFAH MUAWIYAH BIN YAZID (MUAWIYAH II)
(64 HIJRAH BERSAMAAN 683 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Nama penuhnya ialah Muawiyah bin Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian.
2. Dikenal sebagai Muawiyah ke II (kedua).
3. Lahir pada tahun 43 hijrah.
4. Dilantik menjadi khalifah atas wasiat bapanya pada masa berusia 21 tahun, tetapi oleh kerana cintakan keamanan, beliau telah meletak jawatan sebagai khalifah dan diserah kepada orang ramai untuk menentukannya.
5. Setelah itu beliau telah cenderung beramal ibadat, dan setelah tiga bulan meletak jawatan beliau telah meninggal dunia pada tahun 64 hijrah bersamaan dengan 683 masehi.
6. Beliau wafat ketika berumur 22 tahun.


PERBADI
seorang yang wara’ dan bertaqwa, dan tidak gemarkan politik, bencikan peperangan dan pergaduhan, cintakan keamanan dan perdamaian.




4. KHALIFAH MARWAN BIN AL-HAKAM
(64 – 65 HIJRAH BERSAMAAN 683 – 684 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Marwan bin Al-Hakam bin Abi Al-As bin Umaiyah
2. Dilahirkan pada tahun ke 2 hijrah bersamaan 623 masehi.
3. Bapanya memeluk agama Islam semasa penaklukan Makkah (630 masehi).
4. Menjadi pembantu kanan dan setiausaha semasa pemerintahan khalifah Othman bin Affan
5. Semasa khalifah Muawiyah bin Abi Sufian, beliau dilantik sebagai wakil pemerintahan di Madinah.
6. Dilantik menjadi khalifah pada tahun 64 hijrah bersamaan 683 masehi atas dasar demokrasi, iaitu dilantik oleh pembesar-pembesar Kerajaan Bani Umaiyah setelah Muawiyah bin Yazid meletak jawatan.
7. Wafat pada 65 hijrah bersamaan 685 masehi kerana dibunuh oleh isterinya Fakhiah.
8. Beliau berumur 63 tahun.
9. Lama memerintah adalah selama 9 bulan 18 hari.


PEPERANGAN MARAJ RAHIT

Kejadian ini berlaku pada tahun 65 hijrah, iaitu apabila Marwan menghantar penyokong-penyokongnya menyerang Dzahhaq bin Qais yang telah lengkap dengan tenteranya di Maraji Rahit untuk melakukan kegiatan rampas kuasa di Damsyik. Kesudahannya pihak Marwan telah beroleh kemenangan setelah bertempur selama 20 malam, dan Dzahhaq terbunuh.


CATATAN TAMBAHAN

1. Selepas itu Marwan menuju ke Iraq untuk menghapuskan saki baki pemberontak di sana sehingga berjaya.
2. Walaupun Marwan semasa pemerintahannya tidak berjaya mencapai sebarang kemajuan, tetapi ia telah berjaya mempertahankan Kerajaan Bani Umaiyah daripada jatuh ke tangan pemberontak.
3. Sebelum meninggal, beliau telah menentukan anaknya Abdul Malik untuk menjadi khalifah. (mengikut cara Muawiyah, khalifah pertama)

5. KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN
(65 – 86 HIJRAH BERSAMAAN 684 – 705 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam
2. Dilahirkan di Madinah pada tahun 26 hijrah bersamaan dengan 648 masehi.
3. Ibunya bernama Aishah binti Muawiyah Al-Mughirah.
4. Beliau adalah khalifah kelima kerajaan Bani Umaiyah
5. Beliau dianggap sebagai pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyah.
6. Beliau mula memerintah pada tahun 65 hijrah
7. Beliau berumur 21 tahun ketika dilantik menjadi khalifah.
8. Wafat pada tahun 86 hijrah ketika berumur 60 tahun.
9. Beliau memerintah selama 21 tahun.
10. Beliau dikuburkan di kota Damsyik.


PERIBADINYA

Mempunyai peribadi yang tinggi. Seorang ahli fiqeh yang terkenal dan penghafas Al-Quran, mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang tafsir dan hadith, cekap berpidato dan petah bercakap. Suka mendampingi ulama dan juga merupakan seorang ahli politik yang handal.


JASANYA

1. Merasmikan bahasa Arab sebagai bahasa kebangsaan.
2. Mengeluarkan matawang sendiri dengan cap mohor khalifah.
3. Mendirikan bangunan-bangunan indah terutama di kota-kota. Antaranya sebuah masjid di Jerusalem, nama bangunan iaitu Qubbau Sakhrah.
4. Menentukan sara hidup yang lumayan kepada tentera (gaji).
5. Mengemaskan sistem pos.
6. Mengadakan mahkamah khas untuk membicaraka pegawai-pegawai yang menyeleweng.
7. Membuat penyiasatan rapi berhubungan keadilan mahkamah.
8. Mengadakan sistem sukatan yang lebih sempurna dan baik.
9. Mendirikan kilang-kilang membuat senjata.
10. Membina semula Ka’bah yang telah rosak.
11. Membina sebuah limbungan (pelabuhan) di Tunisia khusus bagi kapal-kapal angkatan tentera.


LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBILNYA DALAM MEMATAHKAN USAHA GOLONGAN-GOLONGAN YANG MENENTANGNYA

1. Menghantar beberapa panglima-panglima yang handal bagi memerangi golongan-golongan yang menentang itu.
2. Beliau juga sendiri pernah ikut serta memerangi dan menghapuskan penentang-penentang atau pemberontak.
3. Beliau juga bertindak memberi amaran yang keras kepada penentang atau pemberontak dengan hukuman yang seberat-beratnya.













PEMBERONTAKAN DI ZAMAN ABDUL MALIK DAN CARA BELIAU MENGATASINYA

PEMBERONTAKAN HURAIAN/SEBAB MEMBERONTAK CARA MENGATASI
PEMBERONTAKAN GOLONGAN SYIAH. (peperangan ‘Aid Al-Wardah).
Peperangan itu berlaku di Kufah dengan jumlah 6000 orang yang diketuai oleh Sulaiman bin Sarad setelah mendapat sokongan daripada penduduk Basrah dan Madain. Abdul Malik bin Marwan telah menghantar Abdullah bin Zaid bersama tentera seramai 30,000 orang untuk memerangi orang-orang Syiah pada tahun 65 hijrah. Sulaiman bin Sarad akhirnya berjaya dibunuh.

PEMBERONTAKAN GOLONGAN KHAWARIJ
Berlaku pada tahun 75 hijrah semasa Hajjaj bin Yusof memerintah di Iraq. Golongan Khawarij melakukan huru-hara dalam negeri sehingga membawa peperangan yang bertalu-talu dan pertumpahan darah yang tidak dapat dikawal oleh pemerintah. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh keganasan yang dilakukan oleh Hajjaj bin Yusof ke atas penduduk Kufah dan Basrah yang sangat keterlaluan sehingga mendatangkan kebencian di kalangan umat Islam. Dalam keadaan inilah Puak Khawarij bangkit semula mengambil kesempatan, tetapi akhirnya Khawarij dapat dikalahkan oleh Hajjaj bin Yusof Al-Saqafi

PEMBERONTAKAN ABDULLAH BIN AZ-ZUBAIR
Abdullah bin Az- Zubair memberontak di Makkah kerana menentang perlantikan Yazid bin Muawiyah. Ini adalah kerana Muawiyah berjanji untuk menyerahan kuasa khalifah kepada orang ramai setelah ia wafat dan membela kematian Hussin bin Ali di Karbala.
Untuk menundukkan Abdullah bin Zubair, Abdul Malik telah menghantar tenteranya di bawah pimpinan Hajjaj bin Yusof Al-Saqafi pada tahun 72 hirjah. Pemberontakan berakhir apabila Abdullah bin Zubair mati dibunuh.



JASA-JASANYA

1. Membesarkan kota Cordova sehingga menjadi masyhur.
2. Mendirikan masjid terkemuka di kota Cordova (Qurtubah) sebagai lambang keagungan Islam di Sepanyol.
3. Membina pusat pengajian tinggi.
4. Mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat di Eropah.
5. Menggalakkan bijak pandai dan alim ulama berusaha memajukan ilmu pengetahuan dengan disediakan wang bantuan.
6. Menyusun, menjaga dan mengawasi bidang pentadbiran negara sehingga menjadi kerajaan terkuat dan termaju di Eropah.
7. Mengadakan saluran air ke kota-kota lain selain daripada kota Cordova.












6. KHALIFAH AL-WALID BIN ABD MALIK (AL-WALID I)
(86 – 96 HIJRAH BERSAMAAN 705 – 715 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam.
2. Dilahirkan pada tahun 50 hijrah bersamaan dengan 672 masehi.
3. Dilantik menjadi khalifah pada hari wafat ayahanda pada 86 hijrah bersamaan 705 masehi
4. Menjadi khalifah ketika berusia 36 tahun.
5. Wafat pada bulan Jamadilakhir 96 hijrah bersamaan 25 Februari 715 masehi
6. Beliau wafat ketika berumur 46 tahun.
7. Beliau memerintah selama kira-kira 9 tahun 8 bulan.


PERIBADI

Beliau seorang yang lemah-lembut tingkahlakunya, menghargai keindahan dan kesenian terutama seni sastera. Baik hati terhadap rakyat dan sentiasa melayani mereka dalam apa jua keadaaan. Rajin berusaha demi kemajuan rakyat, seorang yang menghormati alim ulama serta seorang ahli politik yang bijak dan cekap mentadbir negara.


CARA PERLKANTIKANNYA

Beliau dilantik menjadi khalifah pada hari wafat ayahandanya Abdul Malik bin Marwan. Setelah ia kembali dari upacara pengebumian ayahandanya, beliau terus pergi ke masjid Damsyik dan di sanalah orang ramai membai’atkanya sebagai khalifah sebaik-baik sahaja ia selesai berkhutbah dan menerangkan tanggungjawab sebagai khalifah.


FAKTOR YANG MEMBAWA KEDAMAIAN DALAM PEMERINTAHAN AL-WALID

1. Kejayaan ayahandanya Abd Malik mengembalikan keutuhan kerajaan Bani Umaiyah dengan menhapuskan beberapa pemerontakan.
2. Segala pemberontakan dan rusuhan telah dapat dipadamkan.
3. Golongan Syiah dan Khawarij bersikap berdiam diri dan berhenti daripada membuat tindakan atau memberontak.
4. Umat Islam kembali bersatu di bawah pimpinan dan negara berada dalam keadaan stabil.
5. Kemunculan panglima-panglima yang berani dan berjaya menguasai wilayah-wilayah Sing, China dan Andalusi.
6. Beliau memiliki sifat –sifat yang terpuji.


FAKTOR-FAKTOR PENTING KEGEMILANGAN KHALIFAH AL-WALID
1. Wujudnya kestabilan ekonomi
2. Wujudnya kestabilan politik
3. Umat Islam bersatu di bawah pimpinan khalifah
4. Lahirnya tokoh-tokoh, dan panglima-panglima perang yang terkemuka dan handal seperti Musa bin Nusair atau Tariq bin Ziyad
5. Keamanan dalam negara disebabkan pemberontakan musuhnya telah pun dihapuskan oleh ayahandanya.


PANGLIMA-PANGLIMA PERANG YANG TERKENAL ZAMAN AL-WALID
1. Hajjaj bin Yusof Al-Saqafi
2. Qutaibah bin Muslim
3. Muhammad bin Al-Qasim
4. Musa bin Nusair
5. Musalamah bin Abdul Malik
6. Tariq bin Ziyad


ANTARA NEGARA YANG BERJAYA DITAKLUKI SEMASA ZAMAN AL-WALID

1. Magribi
2. Sepanyol
3. Afrika Utara
4. India/Sind
5. Menakluki sempadan negeri China


JASA-JASANYA

1. Meluaskan dan membina jalanraya.
2. Meneruskan rancangan mengorek perigi-perigi di seluruh daerah untuk kemudahan orang-orang Islam.
3. Mendirikan dan membesarkan masjd-masjid indah di merata wilayah Islam, antaranya masjid Madinah (masjid Nabawi) dan Jami’al Amawi di Damsyik.
4. Membina kilang-kilang perusahaan di Damsyik.
5. Mengadakaan satu jabatan khas untuk mengatasi kemelaratan hidup orang-orang miskin (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
6. Orang-orang susah diberi bantuan mengikut kadar masing-masing.
7. Orang-orang buta ditentukan pemandu baginya.
8. Digalakkan orang-orang Islam menghafaz kitab suci Al-Quran dan diberi sara hidup.
9. Rumah-rumah tumpangan didirikan di merata-rata kota besar dalam negara Islam untuk kemudahan musafir dan pelancong.
10. Rumah sakit didirikan untuk merawat orang-orang sakit dan cedera.
11. Tabib dan doktor diberi sara hidup yang lumayan supaya dapat memberi kerjasama yang baik
12. Mendirikan sekolah-sekolah di merata tempat wilayah Islam untuk memberi pengajaran yang lengkap untuk kanak-kanak Islam dengan tujuan menghapuskan buta huruf.
13. Menjadikan masjid sebagai pusat pelajaran agama Islam segenap lapisan
14. Memperbaharui bangunan masjid Quba, masjid Mesir dan masjid Baitul Maqdis.
15. Memperluaskan dan mencantikkan Masjidilharram di Mekkah dan Masjidi Nabawi di Madinah.
16. Bangunan masjid Umawi diperbaharui dan ditukar menjadi Universiti di Damsyik. (Jamik Umawi).
17. Rumah sakit dan perubatan percuma juga diiringi.
18. Rumah-rumah tumpangan dan jamuan khas kepada musafir dan anak-anak yatim disediakan.


PENAKLUKAN SEPANYOL

1. Pada tahun 91 hijrah, Musa bin Nusair dengan keizinan khalifah Al-Walid telah memerintahkan Tariq bin Ziyad mengetuai tentera menyerang Sepanyol.
2. Tenteranya seramai 7000 orang, mereka menyeberangi lautan menuju ke Jabal Tariq.
3. Di sana mereka terus membakar kapal-kapal tentera Sepanyol.
4. Pertempuran hebat berlaku dan disebabkan oleh tentera musuh yang ramai, Tariq memohon bantuan dari Musa bin Nusair.
5. Dengan bantuan tentera dari Musa bin Nusair, Tariq telah berjaya menawan Qadis, Cordova, Nalaga, Granada dan terus Ke Toledo.
6. Musa bin Nusair dari arah lain berjaya menawan Seville, Merida dan Madinah Sidona
7. Akhirnya Musa bin Nusair bercantum dengan tentera Tariq bin Ziyad, dan berjaya menawan Amaya dan Astorga hingga ke sempadan Perancis.














7. KHALIFAH SULAIMAN BIN ABDUL MALIK
(96 – 99 HIJRAH BERSAMAAN 715 – 717 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Sulaiman bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam
2. Dia dilahirkan pada tahun 54 hijrah bersamaan dengan 676 masehi
3. Saudara kepada khalifah Al-Walid bin Abdul Malik
4. Menjadi khalifah setelah wafat abangnya Al-Walid
5. Menjadi khalifah pada tahun 96 hijrah bersamaan 715 masehi
6. Dia meninggal dunia pada hari Jumaat bulan Safar tahun 99 hijrah bersamaan 717 masehi.
7. Memerintah selama 2 tahun 8 bulan
8. Wafat ketika berusia 45 tahun


PERIBADINYA

Seorang yang suka berpoya-poya, tingkahlakunya kadang kala baik dan juga sebaliknya, mementingkan kebendaan, mempunyai perasaan hasad dengki, bertindak dengan tidak berfikir, kurang menghargai nasihat orang lain.


KEPINCANGAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH SULAIMAN BIN ABDUL MALIK

1. Memecat semula panglima-panglima perang yang bersubahat dengan abangnya Al-Walid dahulu kerana hendak melantik anaknya sendiri Abdul Aziz.
2. Memecat dua orang panglima perang yang berjasa, iaitu Muhammad bin Al-Qassim dan Qutaibah bin Muslim. Mereka telah diseksa lalu dibunuh.
3. Memenjarakan Musa bin Nusair seorang panglima perang yang berjasa kerana membawa harta rampasan ke Damsyik semasa pemerintahan khalifah Al-Walid yang ada pada masa itu sedang sakit.
4. Bersikap benci kepada panglima Hajjaj dan menuduh beliau untuk melakukan pergulingan (rampas kuasa).
5. Membebaskan orang yang ditahan oleh Hajjaj bin Yusof.


PENAKLUKAN YANG DILAKUKAN DALAM PEMERINTAHAN KHALIFAH SULAIMAN

1. Meluaskan jajahan takluk hingga ke Yurjan dan Tabarkistan oleh wakil pemerintah di Khurasan, Yazid bin Al-Muhallah.
2. Pada tahun 93 hijrah Maisalamah bin Abdul Malik ditugaskan memimpin tentera menyerang Constantinople.
3. Jeneral Leo panglima Rome Timur di Constantinople yang berjumpa dengan khalifah Sulaiman yang telah dilucutkan jawatannya telah belot dan pergi ke Damsyik menawarkan diri menunjuk bagaimana cara yang berkesan menyerang Constantinople. Akhirnya tawaran itu diterima oleh khalifah dan menghantar saudaranya Maisalamah bin Abdul Malik (yang kebetulan masa itu raja Rome telah mati). Kesudahannya Islam mendapat kalah teruk kerana Jeneral Leo telah berpaling tadah setelah dipujuk supaya berjuang kembali kepada negaranya dengan satu perjanjian, iaitu apabila mereka menang, dia akan menjadi raja di Constantinople.
4. Walaupun tentera Islam berundur di Constantinople, tetapi tidak pula di Sepanyol. Penglimanya Al-Hur bin Abdul Rahman memimpin tentera Islam dan berjaya menakluki daerah-daerah sekitar lembah Garonne dan selatan Perancis dalam tahun 717 masehi bersamaan 95 hijrah.








8. KHALIFAH OMAR BIN ABDUL AZIZ
(99 -101 HIJRAH BERSAMAAN 717 – 720 MASEI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Omar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Al-Hakam.
2. Ibunya bernama Ummu ‘Asim binti Omar bin Al-Khattab (laila).
3. Dilahirkan pada tahun 62 hijrah di bandar Hilwan dalam negeri Mesir.
4. Dibesarkan di Madinah bersama-sama para Ulama dan orang-orang soleh.
5. Pernah dilantik menjadi wakil pemerintah di Madinah semasa pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik
6. Beliau telah menyelenggarakan pembaharuan masjid Nabawi di Madinah.
7. Beliau digelar wali Bani Umaiyah kerana sorang yang wara’.
8. Menjadi khalifah pada tahun 99 hijrah bersamaan dengan 717 masehi.
9. Meninggal dunia pada tahun 101 hijrah, 25 Rejab bersamaan dengan 720 masehi ketika berumur 39 tahun kerana termakan racun.
10. Beliau dikembumikan di Damsyik.
11. Beliau memerintah 2 tahun 5 bulan.


PERIBADINYA

Seorang yang lemah lembut tinglahlakunya, wara’ serta bertaqwa. Kuat beribadat dan membaca Al-Quran. Sentiasa merendah diri dengan siapa jua, walau dari kalangan rakyatnya. Tingkah laku yang begini seolah-olah warisan dari datuknya Omar bin Al-Khattab dan beberapa orang sahabat-sahabat kenamaan Nabi. Mudah mengampunkan kesalahan dan melayan rakyatnya dengan baik. Pakaian beliau sentiasa dalam keadaan serba sederhana walaupun dia seorang khalifah. Tidak gemar berlagak diri. Jauh sekali daripada sombong dan takabur.


CARA PERLANTIKANNYA

Dilantik secara wasiat yang bertulis sebelum wafatnya khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dan selepas Omar, Khalifah Sulaiman telah dilantik Yazd bin Abdul Malik. Maka setelah khalifah Sulaiman wafat, Omar bin Abdul Aziz rasmi dilantik menjadi khalifah.


LANGKAH-LANGKAH AWAL YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH OMAR BIN ABDUL AZIZ DI AWAL PEMERINTAHANNYA

1. Membasmi maksiat.
2. Menghapuskan kezaliman
3. Menegakkan keadilan dalam pemerintahannya


USAHA-USAHA DAN KEMAJUAN YANG DICAPAI DI ZAMAN PEMERINTAHAN OMAR BIN ABD AZIZ, JASA-JASA DAN SEBAB KHALIFAH OMAR BIN ABDUL AZIZ DIGELAR SEADIL-ADIL KHALIFAH

1. Menanam semangat berbaik-baik antara umat Islam dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sama ada Farsi atau Arab, Bani Umaiyah atau Bani Hashim.
2. Untuk mengambil hati orang-orang bukan Islam maka cukai kepala ditiadakan yang menyebabkan ekonomi negara semakin merosot.
3. Melepaskan orang-orang tahanan politik kecuali pembunuh-pembunuh.
4. Kuasa membunuh dilakukan oleh beliau sendiri, bukan lagi dilakukan oleh wakil-wakil pemerintah.
5. Melucutkan orang-orang yang tidak berkelayakan dengan hukum ugama dan diganti oleh orang-oran yang bertaqwa.
6. Menghapuskan cacian terhadap Sayyidina Ali dalam khutbah Jumaat dan diganti dengan satu ayat yang menyeru berbuat baik dan melarang perkara-perkara keji hingga kekal ke hari ini.
7. Menggalakkan mengkaji ilmu Quran dan Hadith di merata wilayah Islam sehingga hadith dapat dikumpul dan dibukukan.
8. Mendirikan rumah-rumah persinggahan untuk kemudahan musafir dan pengembara.
9. Membasmi tempat-tempat maksiat, tempat-tempat bercumbu yang diadakan dalam masa pemerintahan Hajjaj bin Yusof di Iraq.
10. Melucutkan atau menukar ganti pegawai-pegawai yang dilantik oleh khalifah Sulaiman yang lemah kepada cekap, yang jahil tentang agama kepada yang bertaqwa.
11. Mengadakan perhubungan baik kepada keluarga Syiah, Umaiyah dan Sayyidina Ali.
12. Meneliti segala hukuman terlebih dahulu sebelum tindakan dilakukan.
13. Mengembalikan harta rampasan yang dirampas secara zalim oleh khalifah-khalifah sebelumnya kepada tuan punya harta tersebut.
14. Memerintahkan Muhammad bin Abdul Bakar Al-Khazmi untuk mengambil Al-Quran dan Hadih untuk dibukukan.
15. Menaikkan gaji pegawai kerajaan dan menghapuskan rasuah.


SEBAB-SEBAB KHALIFAH OMAR BIN ABD AZIZ DIANGGAP ‘WALI BANI UMAIYAH’

1. Peribadinya sangat wara’, taqwa, adil, tegas dan berbudi luhur.
2. Tidak gemar kepada kemewahan dan sentiasa berusaha merendah diri.
3. Benci kepada pepeprangan, pertumpahan darah, cintakan perdamaian antara umat Islam dengan yang bukan berugama Islam.
4. Tidak menyukai pengawal peribadi.
5. Menggunakan wangnya sendiri untuk membantu fakir miskin, membina masjid, hospital, jalan raya untuk kemudahan umat Islam.
6. Atas uasahanya berjaya mengumpul dan membukukan hadith dan Al-Quran.






9. KHALIFAH YAZID BIN ABD MALIK (YAZID II)
(101 – 105 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 720 – 724 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Yazid bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam, dan digelar Yazid II
2. Beliau dilahirkan pada tahun 65 hijrah bersamaan dengan 687 Masehi
3. Perlantikannya ditentukan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dan secara rasminya menjadi khalifah setelah wafat Omar bin Abdul Aziz
4. Menjadi khalifah pada tahun 101 Hijrah bersamaan dengan 720 Masehi, ketika berumur 36 tahun
5. Beliau wafat pada bulan Sya’aban tahun 105 Hijrah bersamaan dengan 724 Masehi
6. Beliau wafat ketika berusia 38 tahun
7. Beliau memerintah selama lebih kurang 4 tahun 1 bulan


PERIBADINYA

Beliau seorang yang gemarkan minuman keras, bercumbu-cumbu dengan dayang-dayang istana dan penari-penari jelita dalam majlis maksiat.


KEADAAN NEGARA DI ZAMAN YAZID BIN ABD MALIK

Pemberontakan di Basrah yang dilakukan oleh Yazid bin Muhallab, iaitu salah seorang yang dibebaskan dari tahanan politik semasa pemerintahan Omar bin Abdul Aziz. Pemberontakan ini dapat dipatahkan oleh Musalamah bin Abdul Malik. Yazid bin Muhallab akhirnya mati dibunuh.





10. KHALIFAH HISYAM BIN ABDUL MALIK
(105 – 125 HIJRAH BERSAMAAN 742 – 743 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam
2. Dilahirkan pada tahun 92 hijrah bersamaan dengan 714 masehi
3. Beliau dilantik oleh khalifah Yazid sebelum wafatnya
4. Menjadi khalifah pada tahun 105 hijrah bersamaan dengan 724 masehi, ketika berumur 13 tahun
5. Beliau terkenal sebagai ahli pentadbir yang terkenal
6. Wafat dalam bulan Rabiulakhir, tahun 125 hijrah bersamaan dengan 743 Masehi.
7. Beliau wafat ketika berusia 55 tahun
8. Beliau memerintah selama lebih kurang 20 tahun


PERIBADINYA

Mempunyai tingkahlaku yang baik, lemah lembut tutur katanya dan berbudi bahasa, pandai menjaga taraf dirinya sebagi khalifah, tidak sombong dan bongkak dengan kedudukannya, seorang yang cekap dan jujur, tegas dalam mentadbir.


GOLONGAN YANG MENENTANG PEMERINTAHAN HISYAM BIN ABD MALIK

1. Golongan Abbasiyah bergiat menjalankan gerakkan menentang kerajaan dan mendapat sokongan dari golonan Syiah (Alawiyeen). Hisyam menjalankan tindakan membunuh dan memenjarakan mereka namun tindakan itu tidak berjaya dan kerajaan menjadi semakin lemah.
2. Kumpulan Zaid bin Alki bin Hussin di Kufah berjaya mengumpul seramai 15,000 orang penyokong dan mereka keluar menuju ke Damsyik. Mereka menamakan kumpulan Zaidiah dan satu lagi kumpulan Rafidzah.


JASA-JASANYA

1. Mengadakan perusahaan kerajinan tangan, membuat senjata dan perusahaan tenunan.
2. Mengadakan tempat khas latihan tentera berkuda.
3. Mengadakan saluran air dengan menggali beberapa terusan sepanjang jalan ke Mekah.


KEADAAN NEGARA SELEPAS HISYAM

1. Kerajaan Bani Umaiyah berada dalam kelemahan dan tidak stabil.
2. Golongan Syiah dan Khawarij bangun semula membuat kekacauan di merata tempat.
3. Perebutan kuasa sentiasa berlaku akibat daripada perlantikkan dua orang putera mahkota
4. kebanyakkan pemerintah (khalifah) mementingkan diri sendiri.
5. Khalifah Marwan bin Muhammad (khalifah yang ke 14, khalifah terakhir kerajaan Bani Umaiyah) gagal menghapuskan golongan pemberontak.
6. Khalifah masing-masing berhasad dengki sesama sendiri kerana berebut kuasa.
7. Khalifah-khalifah selepasnya leka dengan pangkat dan kekayaan dan suka hidup berfoya-foya dan melakukan maksiat.
8. Munculnya pemberontakan dan gerakkan untuk menggulingkan kerajaan Bani Umaiyah, iaitu Puak Syiah dan dibantu oleh golongan Bani Abbas.








KHALIFAH-KHALIFAH SELEPAS HISYAM BIN ABD MALIK


11. AL-WALID BIN YAZID (AL-WALID II)
(125-126 HIJRAH BERSAMAAN 743-744 MASEHI)

1. Nama penuh ialah All-Walid bin Yazid bin Abdul Malik bin Marwan
2. Menjadi khalifah pada bulah Rabbiulakhir tahun 125 hijrah bersamaan 743 masehi.
3. Memerintah selama lebih kurang 1 tahun 2 bulan.
4. Wafat pada bulan Jamadilakhir tahun 126 hijrah bersamaan 744 masehi di sebuah kampung di Damsyik.
5. Mempunyai budi pekerti yang buruk oleh itu beliau dibenci oleh rakyat termasuk kaum Muawiyah sendiri (keluarga khalifah)
6. Mempunyai peribadi yang suka berfoya-foya, menghabiskan masa dengan sia-sia, seperti berhibur, bertindak mengikut hawa nafsu dan boros.





12. YAZID BIN AL-WALID (YAZID III)
(126 HIJRAH BERSAMAAN 744 MASEHI)

1. Nama penuh ialah Yazid bin al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan
2. Dilantik menjadi khalifah oleh orang-orang Syam bagi menggantikan sepupunya al-Walid pada bulan Jamadilakhir tahun 126 hijrah bersamaan 744 masehi.
3. Beliau tidak dapat mempertahankan negara yang amat lemah dan hanya memerintah selama 5 bulan.
4. Wafat pada bulan Zulhijjah tahun 126 hijrah ketika berusia 43 tahun.





13. IBRAHIM BIN AL-WALID
(126-127 HIJRAH BERSAMAAN 744 MASEHI)

1. Nama penuh ialah Ibrahim bin al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan.
2. Dilantik menjadi khalifah pada tahun 126 hijrah bersamaan 744 masehi.
3. Keadaan negara semakin parah dan huru-hara berlaku di sana sini. Marwan bin Muhammad mengetuai angkatan tentera merampas harta kerajaan.
4. Akibatnya, Khalifah Ibrahim telah mati dibunuh oleh Marwan bin Muhammad pada awal tahun 127 hijrah bersamaan 744 masehi.



















14. KHALIFAH MARWAN BIN MUHAMMAD (MARWAN II)
(127 – 132 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 745 – 750 MASEHI)


RIWAYAT HIDUPNYA

1. Beliau ialah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Al-Hakam.
2. Digelar sebagai Marwan II al-Himar (keldai) kerana sifat kesabarannya.
3. Dilahirkan pada tahun 70 hijrah.
4. Beliau merampas kuasa daripada Khalifah Ibrahim bin Al-Walid (khalifah ke 13), lalu melantik dirinya sebagai khalifah.
5. Beliau menjadi khalifah terakhir kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 127 hijrah bersamaan 745 masehi. Tidak ada kemajuan yang dibuat kerana banyak pemberontakan.
6. Wafat pada 27 Zulhijjah tahun 132 hijrah bersamaan dengan 750 masehi.
7. Beliau dibunuh oleh orang Abbasiyah, iaitu Salleh Bin Ali.
8. Beliau memerintah selama lebih kurang 6 tahun.


PERIBADINYA

Seorang yang amat berani, bijak dalam tipu daya, bijak dalam peperangan, seorang yang gagah dan seorang yang mempunyai semangat dan keazaman yang kuat.


CARA PERLANTIKANNYA MENJADI KHALIFAH

Beliau dilantik atas dasar kekerasan dan tanpa persetujuan orang ramai. Dengan cara peperangan di antara Marwan dengan tentera Ibrahim, Marwan telah berjaya merampas takhta kerajaan. Marwan melantik dirinya sebagai khalifah pada 26 Safar 127 hijrah bersamaan 7 Disember 744 masehi.


KEADAAN NEGARA DI ZAMAN PEMERINTAHANNYA

1. Semasa pemerintahannya, Kerajaan Bani Umaiyah sangat lemah kerana banyak pemberontakan dari penduduk Hims, Pelastin, Khawarij, puak Abbasiyah dan lain-lain.
2. Pemberontakan golongan Khawarij berlaku di Pelastin, Yaman, Iraq, Hadramaut dan Kufah yang diketuai oleh Dhahak bin Qais.
3. Pemberontakan Abbasiyah berlaku di Khurasan yang dipimpin oleh Muslim al-Khurasani.
4. Khurasan berjaya ditawan begitu juga Kufah. Abu Abbas berkuasa di Kufah lalu menghantar bapa saudaranya Abdullah bin Ali untuk menghapuskan Marwan.
5. Akhirnya, Salleh bin Ali berjaya membunuh Marwan sewaktu melarikan diri ke Mesir.
6. Dengan peristiwa ini, jatuh dan berakhirlah Kerajaan Bani Umaiyah, dan tegaklah pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah.




















SEBAB-SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


1. Kerajaan Bani Umaiyah terbentuk atas dasar rampas kuasa dan kekerasan serta bukan dengan kerelaan hati seluruh umat Islam yang menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati disepanjang pemerintahannya.
2. Penghinaan dan tindasan yang dilakukan oleh Bani Umaiyah terhadap Syiah Ali (Alawiyeen) yang benar-benar mengesalkan hati kbanyakkan orang Islam.
3. Menjadikan jawatan khalifah sebagai hakketurunnnya yang menyebabkan berlaku perselisihan sesama sendiri.
4. Sistem perlantikan dua putera mahkota dalam satu masa yang mana dengan cara ini menyebabkan berlakunya rampas kuasa di antara keluarga Bani Umaiyah.
5. Menjalankan pemerintahan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada sesetengah golongan.
6. Kebanyakan khlaifah dilantik tidak mendapat peretujuan orang ramai.
7. Kelemahan peribadi sesetengah khalifah diakhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
8. Wujudnya pertelingkahan dan pemberontakan yang membawa kepada perpecahan umat Islam.
9. Sikap lembut yang ditunjukkan oleh khalifah Omar bin Abd Aziz telah menyebabkan puak Syiah dan Abbas menjalankan gerakan sulit untuk menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah.
10. Gerakkan sulit yang dilakukan semasa pemerintahan Marwan bin Muhammad akhirnya membawa pemberontakan yang diketuai oleh Abu Muslim Al-Khurasai dan terbunuhnya Marwan bin Muhammad.
11. Terlantiknya orang yang tidak berkelayakan menjadi khalifah.



SISTEM PERLANTIKAN KHALIFAH, SISTEM PENTADBIRAN, KETENTERAAN DAN KEHAKIMAN DALAM KERAJAAN BANI UMAIYAH


1. SISTEM PERLANTIKAN KHALIFAH
• Cara perlantikan khalifah kerajaan Bani Umaiyah berlainan dengan cara yang diamalkan oleh khulafa Ar-Rasyidin
• Perlantikan Khalifah Bani Umaiyah adalah berdasarkan keturunan (sistem monarki)
• Orang ramai terpaksa patuh dan tidak boleh mengingkari perlantikan tesebut.


2. SISTEM PENTADBIRANNYA
• Dalam bidang pentadbiran negara, pembahagian jabatan pentadbirannya adalah terpengaruh dengan kerajaan Farsi dan Byzantine.
• Kerajaan Umaiyah mempunyai 9 wilayah kemudiannya dibahagi kepada 5 wilayah yang besar dengan melantik seorang wakil pemerintah pada tiap-tiap wilayah tersebut (sebagai wakil bagi pihak kerajaan pusat di Damsyik) .Wilayah-wilayah itu ialah Hijaz, Iraq, Al-Jazirah dan Utara Afrika.
• Wakil-wakil pemerintah pada tiap-tiap wilayah itu dilantik oleh khlaifh kerajaan pusat di Damsyik.
• Wakil pemerintah diberi kuasa penuh dalam menentukan pegawai-pegawai yang bertugas dalam tiga jabatan wilayah iaitu, Jabatan Pertahanan, Jabatan Hasil Mahsul, dan Jabatan Hal Ehwal Ugama.


3. KETENTERAAN
• Dalam masa pemerintahan Muawiyah tenterea Islam dibahagikan kepada dua ketumbukan yang besar, iaitu
o Untuk berperang dalam musim panas.
o Untuk berperang dalam musin sejuk.

• Alat-alat peperangan
o Terdiri daripada pedang untuk serangan rapat berhadapan, lembing dan tombak untuk lontaran yang jauh dan untuk lontaran yang lebih jauh. Menjanik yang pelurunya dari ketul-ketul batu digunakan untuk merobohkan kota, kubu dan sebagainya.
• Alat kenderaan
o Seperti kuda untuk kenderaan pantas dan unta pula untuk muatan bekalan dan sebagainya.

• Taktik serangan yang mahsyur dilakukan dibahagikan beberapa bahagian susunan tentera;
o Badan iaitu barisan depan dan tengah yang mula melakukan serangan
o Sayap iaitu pasukan kiri dan kanan yang bertugas melingkungi bahagian belakanh musuh yang diserang.
o Ekor iaitu barisan belakang yang membantu mana-mana barisan yang lemah.


4. KEHAKIMAN
• Kadhi terus menjalankan pembicaraan seperti zaman sebelumnya mereka menggunakan kebijksanaan berfikir dan berpandukan Al-Quran dan Hadith.
• Urusan kehakiman kerajaan Bani Umaiyah tidak pernah terpengaruh dengan sasah, kadhi bebas menjalankan tugas mereka dan apa yang disuarakan berjalan kuatkuasa tidak kira siapa.



TOKOH-TOKOH TERKEMUKA DALAM SEJARAH KERAJAAN BANI UMAIYAH

1. HUSSAIN BIN ALI
Beliau ialah Husain bin Ali bin Abi Talib, ibunya bernama Fatimah binti Muhammad sallahhu’alaihiwassalam. Dilantik menjadi khalifah setelah abangnya Hassan meletak jawatan. Hussain telah ditentang oleh Yazid bn Muawiyah dan akhirnya mati terbunuh dalam satu serangan hendap di Karbala pada 10 Muharram.

2. HAJJAJ BIN YUSOF
Beliau seorang panglima perang yang terkenal dalam masa pemerintahn Abdul Malik bin Marwan, dan dilantik menjadi gabenor di Hijaz. Berjaya meluaskan pengaruh Islam pada masa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik. Pada masa pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik beliau menjadi gabenor di Iraq.

Beliau mententeramkan pemberontakan Khawarij dan menghancurkan Syiah di Kufah, dan berjaya menghapuskan pemberontakan Abdullah bin Zubair. Orang yang pertama mengadakan tempat-tempat maksiat di Iraq yang telah dibasmi oleh khalifah Omar bin Abdul Aziz. Walau bagaimanapun beliau adalah orang yang pertama membuat tanda-tanda bacaan dalam Al-Quran.

3. ABDULLAH BIN ZUBAIR
Beliau ialah Abdullah bin Zubair bin Al-Awwam, bapanya adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad sallahhu’alaihiwassalam, ibunya bernama Asma’ binti Abu Bakar Al-Siddiq. Seorang yang baik budi pekerti dan alim dalam hukum-hakam agama. Menentang kezaliman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan bangun memimpin pemberontakan.

4. ABDUL RAHMAN AD-DAKHIL
Beliau ialah pengasas kerajaan Bani Umaiyah kedua di Sepanyol dari tahun 138-372H bersamaan dengan 760-794M. Dia dilahirkan pada tahun 116 hijrah bersamaan dengan tahun 378 masehi. Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Muawiyah bin Hisham, cucu kepada khalifah Hisham bin Abdul Malik, iaitu khalifah yang ke 10 kerajaan Bani Umaiyah.

Digelar Abdul Rahman Ad-Dakhil yang bererti Abdul Rahman yang baru masuk kerana beliau baru masuk ke Sepanyol dan terus memerintah di sana. Beliau seorang yang bijak, bersopan, gagah perkasa, dan mempunyai pandangan yang luas dan terkenal kerana ilmu pengetahuannya.

Berjaya mendirikan Bani Umaiyah di Sepanyol semasa pemerintahan Abu Jaafar bin Al-Mansor ketika pemerintahan Kerajaan Bani Abasiyah. Beliau mengisytiharkan dirinya merdeka daripada pemerintahan Abbasiyah. Memerintah sebagai khalifah di Sepanyol selama 21 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Amir sehinggalah ia wafat pada tahun 172 hijrah bersamaan 794 masehi. Dia menjadikan Cordova sebagai pusat pemerintahan.

CORAK PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


1. Menjadikan jawatan Khalifah sebagai warisan keluarga dan sistem monarki yang tidak pernah diamalkan oleh Khulafah Ar-Rasyidin.
2. Mengutamakan keturunan bangsa Arab dan mengenepikan keturunan lain.
3. Jawatan-jawatan dalam kerajaan hanya diberikan kepada orang-orang Arab dan keluarga khalifah sahaja, walaupun ada orang lain yang lebih bijak.
4. Mementingkan keduniaan dalam pemerintahan, memperkenalkan sistem dan adat istiadat dalam istana yang memisahkan rakyat dan pemerintah.
5. Mementingkan kekuatan angkatan tentera, terutama tentera laut seperti melengkapkan kapal perang.



PERBEZAAN ANTARA PEMERINTAHAN KHULAFAH AR-RASYIDIN DENGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH

KHULAFAH AR-RASYIDIN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Cara pemerintahan
Mengutamakan cara dan dasar pemerintahan Islam, iaitu bersandarkan pada Al-Quran dan Hadith. Cara pemerintahan
Lebih bercorak politik, mementingkan keduniaan dan membataskan hubungan antara rakyat dan pemerintah.
Perlantikan khalifah
Berdasarkan kebolehan dan kelayakan, persetujuan ramai dan terbuka kepada semua rakyat. Perlantikan khalifah
Menjadikan jawatan khalifah sebagai warisan atau pusaka turun temurun, walaupun tidak ada kebolehan atau kelayakan sebagai pemimpin.
Sikap terhadap rakyat
Mengutamakan hak sesama rakyat, tidak mengira bangsa dan keturunan. Sikap terhadap rakyat
Sangat mengutamakan bangsa Arab dan keturunan sendiri.